FINALIS Miss England mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta ratu cantik yang bertanding tanpa memakai sebarang solekan.

Dengan keyakinan yang dibawanya itu, Melisa Raouf yang berusia 20 tahun dan merupakan pelajar kolej dari selatan London mara ke separuh akhir pertandingan tersebut.

Pusingan akhir dijangka berlangsung pada Oktober ini dan kemungkinan besar, Raouf dikatakan berpeluang merangkul mahkota kejuaraan Miss England.

kredit: Kam Murali

“Ia cukup bermakna buat saya kerana ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia mengenakan mekap kerana berdepan tekanan dan terpaksa berbuat sedemikian. Jika seseorang itu gembira dengan kulit yang mereka miliki, kenapa perlu menutupi keaslian wajah dengan solekan?

“Setiap kelemahan itulah yang menjadikan siapa kita sebenarnya. Bahkan, itu juga salah satu cara menjadikan setiap individu unik,” katanya dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar.

Baca lagi “Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya.” Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

Pun demikian, ujar gadis jelita tersebut, beliau pada awalnya, pernah memakai solekan pada usia muda, sebelum memutuskan untuk mengelak tradisi dalam pertandingan itu.

“Saya tidak pernah merasakan diri memenuhi piawaian kecantikan. Baru-baru ini saya menyedari kecantikan itu datangnya daripada kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk bersaing tanpa mekap,” jelas beliau lagi.

Raouf sebelum itu menarik perhatian dunia apabila memuat naik gambar swafotonya di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘wajah tanpa mekap.’

Kredit: Kam Murali

Beliau juga dengan tegas berkata, ‘menerima ketidaksempurnaan’ tersebut.

Sementara itu, Angie Beasley yang bertindak sebagai penganjur bagi pertandingan Miss England berkata, mereka telah memperkenalkan pusingan Model Top Bare Face pada tahun 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar yang disunting dan solekan yang tebal.

Iklan

“Ini kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat untuk bertanding dengan semua peserta lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” ujar Beasley.

Kredit: Kam Murali

Cukup yakin dan positif ye peserta bernama Melisa Raouf ini. Biasanya ratu cantik dan solekan ibarat irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Semoga berjaya nanti!

Sumber: CNN News

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan