Jijik! Misteri mayat bayi dihantar ke masjid terjawab, rupa-rupanya anak hasil sumbang mahram. 'Harap pihak pengurusan boleh semadikan dengan sempurna...'
MISTERI penemuan mayat bayi lelaki dalam sebuah beg akhirnya terungkai apabila pihak polis berjaya membongkar latar belakang suspek, namun pendedahan itu benar-benar mengejutkan orang ramai.
Beberapa hari lalu, kisah seorang penghantar barang, Muhammad Yusuf Ansari,35, menjadi tular selepas dia menemukan mayat bayi dalam sebuah beg yang disangka berisi pakaian.
Ketika kejadian, Muhammad Yusuf menerima pesanan ‘e-hailing’ daripada sepasang individu yang disangkakan suami isteri, bagi menghantar sebuah beg ke sebuah masjid di Kecamatan Medan Timur, Indonesia.
Bagaimanapun, identiti ‘pasangan suami isteri’ misteri itu akhirnya terbongkar, sekali gus merungkai persoalan yang menghantui orang ramai.
Paling tidak masuk akal, rupa-rupanya dua individu terbabit bukanlah pasangan suami isteri seperti disangka, sebaliknya adik-beradik kandung yang sanggup bersekongkol dalam insiden menyayat hati itu.
Menurut keterangan pihak polis, bayi malang itu dipercayai hasil hubungan sumbang mahram antara dua beradik kandung terbabit yang dikenali sebagai Reynaldi, 24, dan adiknya, Najma Hamida, 21.
Difahamkan, Reynaldi tidak menetap bersama adiknya, namun sering berkunjung ke rumah Najma semata-mata untuk melempiaskan nafsu.
Hari demi hari, Najma Hamida tidak menyedari bahawa dia hamil sehinggalah pada bulan Januari lalu, dan akhirnya selamat melahirkan bayi itu secara sendiri di rumah pada 3 Mei tanpa sebarang bantuan perubatan.
Namun, bayi lelaki itu dilahirkan dalam keadaan pramatang dengan usia kandungan yang kurang daripada 37 minggu.
Bayi comel itu bagaimanapun mengalami masalah kesihatan, menyebabkan si ibu membawa anaknya ke hospital pada 7 Mei, lalu doktor mengesahkan bahawa si kecil itu mengalami malnutrisi akibat kelahiran pramatang dan perlu rawatan lanjut.
Kerana masalah ekonomi dan status yang tidak sah, Najma akhirnya membawa anaknya pulang ke rumah semula, tanpa mendapatkan rawatan selayaknya untuk si kecil.
Malang tidak berbau, pada malam yang sama, bayi comel itu disahkan meninggal dunia.
Buntu memikirkan langkah seterusnya, Reynaldi akhirnya tampil mengambil peranan dengan merancang sendiri pengebumian anak kandungnya itu.
Berdasarkan carian di aplikasi Google, dia menemui sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak berhampiran sebuah masjid di kawasan Kecamatan Medan Timur, lalu membuat keputusan untuk memilih lokasi tersebut.
Menurut pengakuannya, pemilihan itu dibuat agar pihak pengurusan masjid dapat membantu menyempurnakan pengebumian anak kecilnya dengan sempurna.
Sehingga kini, kedua-dua suspek telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam masa yang sama, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut dijalankan bagi mengesahkan identiti bayi tersebut, manakala proses bedah siasat dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian si kecil itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
