Jumpa permata RM13.8 juta, pelombong miskin tak lupa diri. Dirikan sekolah, pasar raya untuk penduduk setempat

A
A
A

BAYANGKAN, anda bergelar jutawan sekelip mata! Pernahkan terdetik dalam hati untuk menjadi orang yang kaya raya dalam tempoh semalaman?

Pastinya ramai yang menyimpan impian sedemikian untuk memiliki kehidupan mewah dengan rezeki terpijak.

Bagaikan durian runtuh jika kita diberi rezeki yang tidak disangka-sangka, apatah lagi memiliki kehidupan baharu yang lebih baik.

jutawan segera tanzanite

Kisah seorang pelombong, Saniniu Kuryan Laizer, 53, dari Tanzania barangkali membuatkan warganet tumpang gembira dan teruja apabila beliau berjaya menemui batu permata paling berat di dunia.

Lapor thecitizen.co.tz, usaha gigih Laizer yang membanting tulang melombong hasil mineral di kawasan utara Bukit Mirerani, akhirnya membuahkan hasil.

Mana tidaknya, Laizer berjaya menemui batu permata jenis Tanzanite seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1kg.

jutawan segera tanzanite

Lebih menggembirakan, batu permata rare yang berwarna ungu kebiruan dengan seberat 14.37kg itu sebenarnya bernilai lebih RM13.8 juta dan berjaya dijual semula kepada kerajaan.

Gembira dengan rezeki sekelip mata itu, pelombong batu permata tersebut turut berikrar untuk membina sebuah sekolah dan pasar raya untuk penduduk setempat.

Itu janji yang diperkatakan Laizer pada Jun tahun lalu dan meskipun sudah lebih 12 bulan berlalu, kisah Laizer kembali menjadi perbualan warganet baru-baru ini.

jutawan segera tanzanite

Menurut laporan portal tersebut, Laizer akhirnya menunaikan janji apabila sebuah sekolah rendah siap dibina di kawasan berhampiran kediamannya di perkampungan Naepo, Simanjiro.

Sekolah yang dibina dengan kos sebanyak RM839,002 itu mempunyai kemudahan enam bilik darjah, selain pejabat pengurusan merangkumi bilik pentadbiran, guru besar, penolong guru besar dan bilik mesyuarat.

Baca juga Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

Menarik juga apabila sekolah yang dinamakan sempena nama Laizer itu mampu memuatkan lebih kurang 150 murid tahap satu dan diserahkan kepada kerajaan untuk melantik guru berkelayakan.

Memetik kata Laizer, sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan terhadap sekolah tersebut, pihaknya akan membantu untuk menambah beberapa bangunan baharu pada masa akan datang.

“Kalau boleh, sekolah ini menjadi medium bahasa Inggeris selain saya berhasrat dan memasang impian membina asrama untuk murid sekolah yang memerlukan,” katanya.

jutawan segera tanzanite

Kini, batu permata Tanzanite itu disimpan di muzium negara tersebut dan kisah Laizer yang berhati mulia juga boleh dikatakan antara kisah benar yang boleh dijadikan contoh.

Selain berubah kepada kehidupan yang lebih baik, lelaki tersebut tidak lupa menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dengan rezeki yang diterima.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mulia sungguh hati pelombong batu permata itu yang masih tidak lupa untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat dan membantu menaiktaraf sistem pendidikan anak penduduk.

Apapun, SinarPlus salute dengan kemurnian hati Laizer kerana kesusahan hidup sebagai pelombong membuatkannya mahu mengubah masa depan anak bangsa. #kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang