TAK patut! Memang tak patut. Baru-baru ini, seorang jururawat dilaporkan kecewa kerana keinginannya untuk mendandan rambut di sebuah salun tidak dapat direalisasikan selepas temu janji yang telah dibuat awal dibatalkan pada saat akhir.

Hal tersebut berlaku selepas pemilik salun berkenaan mengetahui wanita tersebut merupakan seorang petugas barisan hadapan di sebuah hospital di Ireland.

Memetik laporan mirror.co.uk, tindakan tersebut diambil oleh pemilik salun berkenaan berikutan patuh terhadap polisi yang telah ditetapkan selain bimbang pelanggannya itu berisiko membawa jangkitan Covid-19.

Kasihan jururawat tu.. dahla lama bertugas ‘berperang’ membantu tangani pendemik Covid-19, kini dirinya pula dipulaukan!

Bagaimanapun tindakan tersebut dikecam oleh ibu jururawat itu yang dikenali sebagai Mairie, yang menyifatkan polisi yang diamalkan oleh salun itu tidak adil kepada petugas barisan hadapan.

Tindakan memboikot petugas barisan hadapan dilihat tidak adil dan merupakan polisi tidak matang.

Iklan

Mairie memberitahu, anaknya sangat kecewa berikutan pembatalan temu janji berkenaan dan pihak salun menyatakan petugas barisan hadapan itu tidak boleh memotong rambut selagi wabak tersebut masih belum terhapus.

Iklan

“Walaupun anak saya telah menjelaskan tiada kes positif yang berlaku sejak kebelakangan ini, namun pihak salun tetap membatalkan temu janji kerana mengikut polisi yang ditetapkan,” ujar Mairie lagi.

Alamak… ini sangat tidak adil! Jika wabak ini berterusan dalam tempoh tertentu.. tak kan selama itu juga mereka (petugas barisan hadapan) tidak boleh ke salun. Tak kelakar gais!