ADA tak dalam kalangan generasi muda yang boleh mengait? Kalau kita buat kaji selidik, rasanya mungkin tidak sampai 10 peratus yang suka dengan aktiviti itu.

Namun, di Jepun sebuah kilang stoking yang terletak di Wilayah Nara, Jepun, Souki Socks telah mencipta kelainan bagi menggalakkan orang ramai jatuh cinta dengan hobi mengait, namun dengan cara lebih unik.

Lapor Oddity Central, syarikat Souki Socks antara telah mencipta mesin yang membolehkan sesiapa sahaja mengait stoking mereka sendiri dengan mengayuh basikal pegun.

Pada era 1990-an, mesin mengait stoking di Jepun telah menaikkan kemarahan penduduk negara itu.

Pun demikian, Souki Socks berjaya memberi nafas baharu kepada mesin tersebut dengan dengan memasangkannya kepada basikal pegun dan membenarkan pelawat kilang mengait stokin longgar mereka sendiri.

Mesin yang kemudian diberi nama sebagai Charix kemudian menjadi sangat popular dalam kalangan pelancong sejak ia dirasmikan pada tahun 2017.

Baca juga Inovasi skrin yang bikin ramai puas hati, HONOR Magic V tawar teknologi baharu seiring kehendak pengguna masa kini

PEMBELIAN ONLINE

Proses membuat stoking itu sebenarnya tidak sukar.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Sebelum pelanggan mula mengayuh, saiz stoking dan warna benang yang mahu digunakan perlu dipilih.

Dalam masa kira-kira 10 minit, semuanya sudah siap dan pelanggan harus menyerahkan kepada kakitangan di sana untuk ‘kemas kini’ bahagian tertentu pada stoking berkenaan.

Lapor Oddity Central lagi, permintaan kepada stoking berkait semakin meningkat sehingga pihak Souki melancarkan pilihan baharu untuk pelanggan.

Iklan

“Namun, Covid-19 tekah menghalang orang ramai daripada melakukan perjalanan seperti dulu, jadi ramai yang tidak berpeluang melawat kilang dan mengait stoking mereka sendiri. Justeru, pihak Souki meminta pekerjanya mengayuh untuk mereka,” kata laman web itu.

Kepada yang tidak berkesempatan ke sana, pembelian secara online juga disediakan.

Pelanggan hanya perlu memilih saiz stoking mereka dan tiga daripada 36 warna benang.

Iklan

“Proses mengait menggunakan basikal pegun iti kemudian akan dimuat naik di media sosial sebagai bukti. Harga sepasang stoking melalui Charix Online adalah RM78,” kata Oddity Central.

Wah, memang dahsyatkan idea orang Jepun ini. Macam-macam cara yang mereka fikirkan untuk melakukan sesuatu yang sukar menjadi senang. Memang respeklah!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI