Kanak-kanak 6 tahun belanja kad kredit ibu sebanyak lebih RM66,000 langgan permainan video

A
A
A

GARA-GARA tidak meletakkan kata laluan pada smart phone, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai George dari Connecticut, New England dilapor telah membelanjakan lebih dari $ 16,000 (RM65,024) wang ibunya untuk membeli permainan online.

Memetik laporan Good Morning America, ibu kepada George yang dikenali sebagai Jessica Johnson terperanjat setelah dia dikenakan caj sebanyak $16,293.10 (RM66,215.16) oleh Apple App Store.

Ternyata itu satu jumlah yang sangat banyak untuk dibelanjakan oleh seorang kanak-kanak!

Caj tersebut dikenakan disebabkan George yang berusia enam tahun telah melanggan dalam Apple App Store ketika dia bermain Permainan video Sonic Forces.

Jessica juga mendakwa akaun PayPal miliknya dipercayai dihubungkan dengan iPad yang diguna pakai oleh George yang membolehkan dia mengakses pembelian dalam talian dengan mudah.

Setelah menyedari perkara tersebut, Jessica meneliti penyata bank dan mendapati terdapat jumlah yang tidak sepatutnya dicaj melalui akaunnya serta segera menghubungi pihak bank dan juga Apple Store.

Namun, nasib masih menyebelahinya apabila Apple bersetuju untuk mengembalikan sejumlah wang iaitu sebanyak $10,553.86 (RM42,890.89) ke dalam akaunnya semula.

Menyesali apa yang berlaku, Jessica juga turut menasihatkan ibu bapa lain agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak ketika menggunakan smart phone supaya kejadian sepertinya tidak berlaku kepada ibu bapa lain.

“Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, saya fikir penting bagi kita untuk menyedarinya sebelum terlambat,” pesan jessica.

Sumber : people.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang