Kanak-kanak maut ketika berwuduk dihempap dinding masjid runtun hati ramai

MENITIS air mata tatkala melihat sebuah video tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengambil wuduk tiba-tiba dihempap dinding di sebuah masjid.

Dalam rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial, mangsa dilihat sedang mengambil wuduk bersama seorang lagi rakannya di tempat mengambil wuduk masjid tersebut.

Rupanya kejadian tragis itu berlaku di Jakarta, Indonesia pada Isnin lalu.

Mangsa dikenali Gian Septiawan Ardani, 8, adalah murid di sekolah rendah di Lubuk Minturun, Sumatera Barat.

Kejadian berkenaan berlaku apabila secara tiba-tiba, sebuah motosikal ditunggangi seorang individu merempuh dinding di tempat dua kanak-kanak itu mengambil wuduk.

Dinding berkenaan runtuh di atas kepala Gian, manakala rakannya sempat mengelak bongkah konkrit itu.

Baca juga ‘Seharusnya ini ulang tahun ke-44 kamu…’ Sayu kenang arwah Ashraf Sinclair, luahan BCL undang sebak!

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
Gambar hiasan Google

Gian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala dan kehilangan banyak darah.

Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan, insiden itu berlaku kira-kira jam 3 petang, Isnin lalu.

Sementara itu, seorang pentadbir masjid, Desriadi, memberitahu Republika, motosikal terbabit yang ditunggang seorang pelajar berusia 13 tahun terbabas ketika melakukan aksi ‘freestyle’.

Menjengah ke media sosial, kejadian tersebut meruntun hati ramai. Rata-ratanya amarah dengan remaja yang tergamak melakukan aksi tersebut dalam kawasan masjid.

“Syurga untukmu adik. Moga si pelaku dapat hukuman setimpal.”

Iklan

Baca juga Kejamnya, wanita dibunuh, mayat dibuang ke tangki najis. Ini kronologi kes menakutkan

“Budak sekolah yang sengaja menekan minyak harap dipenjarakan. Seperti remaja yang bunuh budak Tahfiz.”

“Sebab ni la aku tak setuju budak umur 16 dah boleh bawak motor atas jalan. Perangai tak matang tu masih tebal lagi. Bila naik atas jalan ni automatik melibatkan nyawa.”

“Tak pasal-pasal ja anak orang jadi mangsa. Reti bawa motor ke tak tu?”

Iklan

“Moga remaja tersebut dapat hukuman adil dan setimpal. Ia libatkan nyawa kanak-kanak melayang. Kesian ibu bapanya.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!