JIKA empunya diri masih lagi ada, pasti tarikh 18 September lalu diraikan isteri tersayang, Bunga Citra Lestari (BCL) dan keluarga dengan penuh kegembiraan.

Masakan tidak, itulah tarikh Allahyarham Ashraff Sinclair dilahirkan. Sepatutnya tahun ini arwah berusia 44 tahun.

Namun, perancangan YANG MAHA ESA melebihi daripada segala-galanya. Pemilik nama sebenar, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pergi buat selama-lamanya.

Baca ni “Awak akan selamanya dihati saya,” BCL sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair

BCL

Baca lagi Kelahiran bayi lelaki sempena Hari Malaysia hadiah terindah buat Julfekar & isteri selepas 10 tahun menanti!

Detik 18 Februari 2020 pasti tidak akan dilupakan buat penyanyi dan pelakon popular Indonesia itu apabila suaminya meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat serangan jantung.

Biarpun sudah tiga tahun peristiwa hitam itu berlaku, rasa cinta dan kasih sayang BCL tidak pernah padam.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak pernah ketinggalan melawat pusara suaminya.

Terbaharu, BCL memuat naik perkongsian berkenaan tarikh tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

 

Baca lagi Anak BCL pimpin bacaan Yasin di pusara Ashraf Sinclair jadi perhatian, ibu tidak henti titip doa

Bunga citra lestari

“Dear You, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke-44. Namun, takdir berkata berbeza. Kamu sudah pergi terlebih dahulu.

“Kami di sini untuk mengatakan bahawa kami baik-baik sahaja. Kami lebih baik dan kami telah mencipta kenangan baharu dengan kekuatan anda di dalamnya. Anda akan kekal dalam hati kami selamanya. Kami merindui anda, sentiasa,” tulisnya menerusi kapsyen.

buga citra lestari

BERKONGSI MOMEN

Sambil menitipkan ucapan selamat hari lahir dan berterima kasih atas segalanya, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut memberitahu anak tunggal kesayangan mereka bakal memasuki alam remaja secara rasmi tidak lama lagi.

Baca lagi Jiwamu akan selalu ada bersama kami – BCL

bunga citra lestari

“Empat hari lagi, Noah akan bergelar remaja secara rasmi,” ungkapnya.

Iklan

Menerusi muat naik statusnya, BCL tampak manis dalam busana batik, sedondon dengan anaknya, Noah.

Ayah dan ibu mertuanya, Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman tidak ketinggalan hadir bersama-sama untuk berkongsi momen tersebut.

Baca lagi Kembali melakukan hal yang saya cintai, bernyanyi… – BCL

ashraf sinclair

ashraf sinclair

Baca lagi ‘Mungkin orang tengok saya ini moden orangnya, namun jangan tak tahu, saya berjiwa nasionalisme.’ Nikki Palikat turut luah hasrat terbesarnya

Iklan

Untuk rekod, Ashraf dan BCL mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.

Sumber: Instagram bclsinclair

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang