Kanak-kanak Sindrom Down dibuli di sekolah. Tindakan Presiden negara itu membuatkan ramai tabik hormat

Untitled design - 2022-02-16T154533.229
Untitled design - 2022-02-16T154533.229
A
A
A

BUKAN sahaja Malaysia, malah beberapa negara di dunia ini, kes buli memang kerap terjadi dan umpama satu barah yang sukar untuk ditangani.

Buli yang dilakukan merangkumi pelbagai aspek. Antaranya membabitkan wajah seseorang, tetapi yang paling sukar diterima adalah bagaimana ketidakupayaan atau dengan kata mudah, kecacatan seseorang dipersenda.

Perkara yang paling menyedihkan, ia bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa, malah kanak-kanak sendiri menjadi sebahagian daripada pembuli.

Baca juga 'Selamatkan Fawaz Al-Qatifan' - Simpati selamatkan kanak-kanak Syria diculik, diseksa

Baru-baru ini, kisah seorang murid Tahun Satu di sebuah sekolah di Sabah diketawakan rakannya disebabkan berkepala besar dan bertubuh pendek pada hari pertama persekolahan adalah insiden menyedihkan bagi diri dan keluarganya.

Ah! Apalah dosanya sampai perlu membuli insan yang kekurangan.

Di North Macedonia, sebuah negara kecil di tenggara Eropah juga mempunyai satu kisah yang perlu dijadikan teladan kepada semua orang.

Sikap pemimpinnya juga membuatkan SinarPlus tabik hormat kepadanya.

Seperti dilaporkan oleh CNN, seorang kanak-kanak, Embla Ademi, 11, yang menjadi mangsa buli di sekolah mendapat perhatian Presiden negara itu, Stevo Pendarovski.

Tiada siapa sangka, Pendarovski membuat langkah mengejutkan ramai apabila menghantar sendiri Ademi sekolah rendah yang terletak di bandar Gostivar.

Beliau dilihat memimpin tangan kanak-kanak Sindrom Down itu ketika berjalan.

Berita itu difahamkan menjadi viral di seluruh dunia!

Jurucakap Pejabat Presiden memberitahu CNN, Ademi mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran dan kesihatan termasuk ciri-ciri wajah yang tersendiri.

Baca juga Kanak-kanak juga sakit buah pinggang, dikenali sebagai sindrom nefrotik

"Presiden turut bercakap dengan ibu bapa Ademi tentang cabaran yang mereka hadapi setiap hari. Presiden berkata, tingkah laku mereka (pembuli) membahayakan hak kanak-kanak adalah tidak boleh diterima, terutamanya apabila ia melibatkan kanak-kanak yang memiliki perkembangan sederhana.

"Golongan itu bukan sahaja harus menikmati hak yang sepatutnya, tetapi juga berasa sama rata dan dialu-alukan di sekolah. Ia adalah satu kewajipan kita, negara dan individu dalam menzahirkan sikap empati," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

HADIAH ISTIMEWA

Dalam video yang dikongsi oleh pejabat Pendarovski, Presiden duduk bersama keluarga Ademi dan turut berbesar hati memberikan hadiah kepada si cilik berkenaan.

Pemimpin nombor satu negara itu juga dilihat melambai kanak-kanak berusia 11 tahun itu di pintu pagar sekolah ketika beliau masuk ke dalam bangunan sekolah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Kita semua sama dalam masyarakat ini. Saya datang ke sini untuk memberi sokongan dan meningkatkan kesedaran bahawa kebersamaan adalah prinsip asas dalam kehidupan kita," kata Pendarovski yang pada masa sama turut menyokong dan menggalakkan ibu bapa kanak-kanak itu terus melindung anak mereka.

Berdasarkan cerita kanak-kanak istimewa dan contoh sifat kepimpinan yang begitu terserlah dalam diri Presiden itu diharapkan menjadi contoh kepada negara kita dan juga di seluruh dunia!

Ingat, golongan serba kekurangan tidak perlu dipinggirkan, mereka adalah sebahagian daripada kita semua. Sayangilah anugerah yang diberikan oleh ALLAH sebaik-baiknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang