Kapal layar elektrik pertama dunia siap belayar, mampu tampung 2,100 penumpang dengan lebih 250 tan bateri
SELALUNYA kita kerap dengar tentang kereta dan motosikal berkuasa elektrik yang menjadi trending dalam pasaran.
Tak kurang juga inovasi kapal terbang dengan pek bateri gergaji yang pernah mengemparkan dunia.
Terkini, kapal layar yang dipacu tenaga hijau diperkenalkan di Sydney, Australia yang mampu menampung seramai 2,100 penumpang.
Lapor New York Post, syarikat pembuat bot Australia, Incat mencipta rekod tersendiri apabila memperkenalkan kapal elektrik terbesar di dunia.
Binaan jentera laut sepanjang 130 meter itu mampu bergerak dengan kapasiti lebih 250 tan bateri dengan lebih 40 megawatt jam.
Menariknya, kapal layar dengan nama Hull 096 itu dibina khas untuk pengendali feri, Buquebus dari Amerika Selatan.
Selain penumpang, kapal futuristik itu boleh membawa 225 kenderaan merentasi Sungai Plate yang memisahkan kawasan Buenos Aires, Argentina dan Uruguay.
Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Incat, Stephen Casey, pelancaran Hull 096 membuktikan angan-angan mampu menjadi kenyataan.
“Fitur baharu itu menjadi penyelesaian pengangkutan berskala besar dan rendah pelepasan karbon.
“Sistem bateri dan penyimpanan tenaga (ESS) Hull 096 dibina oleh pengeluar enjin, Wartsila dari Finland yang mana ia turut menyambung kuasa kepada lapan jet elektrik,” katanya.
Peralihan biogas
Presiden Wartsila Marine, Roger Holm pula berkata, bot mewah itu memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan pengangkutan mesra alam.
"Fungsi elektrifikasi kapal adalah kunci untuk sektor ini beralih kepada pelepasan sifar karbon sekali gus menyumbang kepada udara bersih," katanya.
Asalnya, bahtera eletrik itu dinamakan China Zorilla yang dirancang untuk menggunakan gas asli cecair sebelum diubah suai kepada kuasa bateri sepenuhnya.
Pelancaran kapal persiaran itu sebagai usaha menyokong sektor maritim yang rendah karbon menjelang tahun 2028.
Menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sektor perkapalan kini menyumbang hampir tiga peratus pelepasan gas hijau yang mencetuskan pemanasan global.
Justeru, negara anggota IMO meluluskan sistem harga global bahari untuk mengekang pelepasan karbon pada April lalu.
Semua kapal diwajibkan beralih kepada campuran bahan api rendah karbon menjelang tiga tahun lagi atau dikenakan penalti kewangan jika gagal.
Pun begitu, pelaksanaan tersebut menarik perhatian kumpulan pencinta alam.
Mereka mendakwa peralihan kepada biogas boleh menimbulkan isu lain seperti penebangan hutan dan sebagainya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

