Motosikal EV mini paling ‘onz’ untuk wanita! Ini 5 model bergaya & berkuasa wajib tahu

No Image Caption
A
A
A

PENGENALAN jentera roda dua versi elektrik (EV) yang kini semakin memenuhi pasaran global, khususnya negara Asia dilihat berjaya memikat minat golongan wanita.

Boleh jadi keunikan reka bentuk yang bergaya, selain penjimatan bahan api, mesra alam dan harga jualan, merupakan antara faktor dominan yang mendorong lonjakan pertumbuhan industri tenaga hijau tersebut.

Menurut autoevolution.com, konsep mini, mewah dan keterhubungan teknologi antara tarikan yang tidak boleh dinafikan untuk menarik perhatian generasi muda.

Lebih memberi impak kepada jualan motosikal versi futuristik berkenaan ialah penurunan kos bateri, ekosistem stesen pengecasan dan teknologi pengurusan bateri yang semakin baik.

Dalam senarai panjang model motosikal mini berkuasa elektrik yang menjadi tumpuan dunia, SinarPlus kongsikan lima jentera terbaik untuk si genit. Berikut perinciannya:

No Image Caption

1. Can-Am Pulse

Model seberat 177 kilogram (kg) yang diperkenalkan baru-baru ini mempunyai reka bentuk minimalis dengan beberapa ciri menonjol seperti dilengkapi bateri berkapasiti 8.9 kWj dan enjin Rotax E-Power.

Ia memiliki kuasa maksimum 47 kuasa kuda dengan tork 72 Nm, bermula daripada pecutan hingga 4,600 RPM serta mampu bertahan untuk perjalanan sejauh 160 kilometer (km).

No Image Caption

2. Stark Varg EX

  • Harga: Bermula RM57,096
  • Keluaran: Stark Future
  • Negara: Sepanyol

Antara jentera berkuasa EV yang memberi impak cukup signifikan dalam pasaran motosikal elektrik dunia kerana dikatakan menduduki carta teratas.

Selain kuasa maksimum 80 kuasa kuda dengan tork 938 Nm, model seberat 187kg itu mampu bertahan untuk tempoh perjalanan enam jam tanpa henti.

No Image Caption

3. KTM Freeride E 2025

  • Harga: RM52,228
  • Keluaran: KTM Freeride
  • Negara: Austria

Selepas empat tahun menembusi industri motosikal elektrik, KTM Freeride membawakan model versi baharu dengan kapasiti bateri ion litium 5.5 kWh.

Hanya seberat 109kg, ia memiliki kuasa puncak 19.2 kW dengan tork 37 Nm yang mampu bertahan dalam tempoh perjalanan hingga tiga jam.

No Image Caption

4. Zero XE

  • Harga: Bermula RM28,752
  • Keluaran: Zero Motorcycles
  • Negara: Amerika Syarikat

Jenama basikal elektrik pertama yang memenuhi spesifikasi segmen motosikal mini dengan kapasiti bateri litium 4.3 kWh, kuasa maksimum 15.5 kW dan tork sehingga 636 Nm.

Berat hanya 101kg dan mampu bergerak sejauh 100km dengan kelajuan mencecah 75 kilometer sejam.

No Image Caption

5. Royal Enfield Flying Flea

  • Harga: Bermula RM10,622
  • Keluaran: Royal Enfield
  • Negara: India

Satu lagi jenama terkenal yang menawarkan desain ikonik gaya klasik selepas pelancaran secara besar-besaran di Pameran Motosikal Milan: EICMA 2024.

Rekaan kerangka aluminium yang utuh tetapi ringan dan ciri penyejukkan bateri lebih cepat.

Hanya menggunakan telefon pintar sebagai kunci dengan bantuan navigasi dengan butang Voice Assist.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang