Kedai serbaneka tergantung tebing gunung di China, hanya mereka yang berani & hati cekal jer boleh singgah

A
A
A

CHINA terkenal dengan inovasi yang tak disangka-sangka. Apatah lagi, setiap binaan yang mereka perkenalkan kepada dunia selalunya rare dan di luar kotak.

Antara yang menjadi hit di media sosial ketika ini ialah sebuah kedai serbaneka yang tergantung di tebing curam yang terletak di Taman Negara Geologi Shiniuzhai, Hunan.

Lapor Sky News, premis comel yang digelar sebagai kedai serbaneka paling menyusahkan di China itu dikhaskan semata-mata untuk membekalkan minuman dan makanan kepada pendaki.

Tempat jualan berupa bangsal kayu itu dilihat tergantung di tepi tebing gunung dengan kedudukan 120 meter dari paras tanah. Fuh! Boleh kecut perut dibuatnya.

china kedai serbaneka

Kedai berkenaan dikatakan terletak di laluan pendaki gunung yang dipenuhi dengan pemegang logam untuk memudahkan mereka naik ke puncak dengan selamat.

Pun demikian, untuk sampai ke premis itu, pendaki perlu menempuh perjalanan penuh ketakutan. Bagi mereka yang berjaya, ganjaran sebotol air percuma diberikan.

 

Memetik kata Pengurus Besar Taman Negara Geologi Shiniuzhai, Song Huizhou, tempoh memanjat dinding tebing berkenaan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 minit untuk sampai ke kedai.

“Mereka yang berjaya sampai dengan selamat boleh mengambil botol air yang diletakkan di dalam kotak sambil menikmati pemandangan yang unik. Ada juga makanan nutrisi lain yang kami jual untuk isi perut.

china kedai serbaneka

“Mungkin orang lain fikir ini satu kerja yang menyusahkan, namun bagi kami, ia salah satu cara untuk berkongsi rezeki dengan pendaki yang mungkin kehausan ketika beriadah di kawasan ini,” katanya.

Baca juga Menakjubkan! Sinkhole sedalam 630 kaki bongkar hutan purba tersembunyi, ini kisah pengembaraan gua di China

Tidak pasti sama ada operasi kedai serbaneka itu dibuka 24 jam atau sebaliknya, namun difahamkan seorang pekerja ditempatkan di dalam kedai tersebut.

china kedai serbaneka

Untuk menambah bekalan yang diperlukan setiap hari, seorang pekerja dilaporkan akan menggunakan zipline untuk mengangkut stok barang jualan berkenaan.

Jambatan gantung

Tidak hanya kedai serbaneka itu menjadi tumpuan, Taman Negara Geologi Shiniuzhai sememangnya terkenal dengan beberapa lokasi pelancongan tak masuk akal.

Antara seni bina yang berjaya menarik perhatian ramai ialah jambatan gantung kaca terpanjang di dunia, Haohan Qiao Bridge yang dibuka pada tahun 2015.

china kedai serbaneka

Laluan lutsinar yang dibina di celah curam itu setinggi lebih 180 meter dari paras tanah menyebabkan kawasan riadah itu antara tumpuan popular di Hunan.

Baca juga 4 cabaran dianggap ‘gila’ di China, pinggang saiz A4 antaranya

Nama Haohan Qiao Bridge yang membawa maksud Jambatan Lelaki Berani itu sesuai sangat bagi mereka gagah perkasa untuk melalui laluan sepanjang 200 meter.

china kedai serbaneka

Bagi memberi jaminan kepada mereka yang fobia atau takut, jambatan berkenaan dibina menggunakan lantai kaca setebal 24 milimeter yang dikatakan 25 kali lebih tahan berbanding material biasa.

Baca juga China bangunkan empangan terbesar dalam tempoh empat tahun. Apa teknologi rahsia yang digunakan mereka?

Memang hebat idea dan struktur binaan yang jarang-jarang kita lihat di Malaysia. Barangkali itulah keunikan yang mereka tawarkan untuk tarik lebih ramai pelancong.

china kedai serbaneka

Bayangkan kedai serbaneka yang sama dipacakkan di tebing Gunung Kinabalu di Sabah. Rasa-rasanya ada orang singgah tak? ?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang