Kejamnya, sanggup penggal kepala bapa sendiri dan usung sekeliling kampung

A
A
A

KISAH kejam membabitkan ahli keluarga dibunuh darah daging sendiri sememangnya menarik perhatian ramai.

Apatah lagi jika kematian warga emas itu sangat sadis dan mengerikan.

Pasti ramai tertanya-tanya, kenapa si anak begitu kejam sehingga sanggup membunuh bapa sendiri!

penggal bapa

Kejadian yang berlaku di Lampung Tengah, Sumatera, Indonesia baru-baru ini begitu mengemparkan penduduk setempat, lapor portal berita terkemuka Indonesia, Kompas.

Menurut Kompas, seorang bapa yang sudah tua dipukul tanpa belas kasihan sebelum kepalanya dipenggal. Lagi sadis, diusung mengelilingi kampung.

Tindakan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kukuh Warsito itu mengejutkan orang kampung apabila dilihat membawa karung berdarah berisi kepala.

Sambil menjerit-jerit 'bapaku sudah mati' berulang kali, membuatkan ramai yang terserempak ketakutan.

Difahamkan, pemuda berusia 25 tahun itu mempunyai masalah mental dan bertindak luar jangka selepas mendengar bisikan.

penggal bapa

Sebelum kejadian mengerikan itu, mangsa yang berusia 69 tahun dikatakan baru sahaja pulang ke rumah dari sawah.

Suspek dikatakan secara tiba-tiba bertindak memukul bapanya dan mengelar kepala bapanya menggunakan parang.

Menurut Ketua Polis Kalirejo Iptu, Edi Suhendar, motif suspek membunuh bapanya sendiri kerana gangguan mental.

"Suspek dikatakan mendengar bisikan sebelum bertindak kejam dan ada dakwaan disebabkan hasrat mahu berkahwin tidak direstui.

"Hal ini sudah disahkan keluarga mangsa," katanya yang memaklumkan suspek sudah ditahan di Rumah Sakit Jiwa untuk pemeriksaan lanjut.

penggal bapa

Ternyata, tempias berita mengerikan itu sampai ke negara jiran termasuk Malaysia.

Rata-rata warganet yang mengikuti kisah pembunuhan itu mengaitkan dengan pengaruh dadah syabu.

Apapun, masalah mental yang dialami wajar diberikan perhatian kerana gangguan itu boleh menyebabkan pesakit bertindak luar jangka.

Lebih mengejutkan apabila statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 menunjukkan 0.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan.

Statistik tersebut turut merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Allahuakbar! Bukan boleh dibuat main-main isu masalah mental ini dan perlu dirawat segera.

Kepada ibu bapa atau penjaga, awasi dan pupuklah nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak sebaik mungkin dan semestinya paling asas adalah didikan agama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang