Kemaluan warga emas, digigit ular sawa jiran, ketika guna tandas

A
A
A

LAZIMNNYA selepas bangun tidur sebelum memulakan tugas harian kita akan ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sama seperti dilakukan oleh seorang warga emas lelaki saban hari yang tinggal di sebuah aparment di kota Graz, selatan Austria.

Namun begitu, beliau sedikitpun tidak menyangka rutin hariannya menjadi mimpi ngeri pada jam 6 pagi Isnin lalu.

Masakan tidak, baru sahaja duduk di mangkuk tandas bahagian kemaluan lelaki berusia 65 tahun itu terasa sakit seperti dicubit.

Terkejutnya bukan kepalang apabila 'cubitan' dirasai berpunca daripada seekor ular albino yang berada di dalam mangkuk tandas.

Foto: 9news.com.au

Reptilia sepanjang lima kaki tersebut dikatakan telah menggigit alat sulitnya.

Menurut pihak polis, mangsa baru saja duduk di mangkuk tandas dan berasa perit seolah-olah dicubit pada kemaluan.

Beliau yang terkejut dengan situasi itu segera bangun dan keluar meninggalkan bilik air lalu menghubungi pihak polis.

Kemudian, dengan bantuan bersama pakar reptilia tempatan ular sawa albino tersebut berjaya ditangkap.

Warga emas itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Dimaklumkan, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ular sawa itu tidak berbisa, namun kesan gigitan berisiko dijangkiti bakteria.

Baca juga Ular Sawa Berat 100kg Ala Anaconda Ditemui Di Perak. Mampu Telan Mangsa Sama Berat Badannya

Dalam pada itu, pakar reptilia Werner Stangl menjelaskan bahawa hasil pemeriksaan mendapati ular sawa albino tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas dibersihkan ia telah dikembalikan kepada pemiliknya berusia 24 tahun yang merupakan jiran warga emas lelaki itu.

Pemilik reptilia tidak menyedari ular sawa peliharaannya hilang sehingga ia diserahkan oleh pihak polis.

Bahkan, beliau yang turut membela 11 ekor ular tidak berbisa dan seekor cicak tokek tidak pasti bagaimana ular sawa albono itu meloloskan diri dari laci khas penyimpanan yang direka khas.

Susulan itu, pemilik ular sawa albino terbabit telah dirujuk pada pendakwa raya kerana menyebabkan kecederaan kepada jiran.

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang