Kemoterapi ditunda gara-gara 'lockdown', wanita derita kanser otak tahap empat maut

A
A
A

PANDEMIK koronovirus sememangnya satu perkara yang tidak diduga oleh sesiapa. Apapun konspirasi yang ditimbulkan di sebalik penyebaran virus tersebut, sudah tidak membawa apa-apa makna lagi kerana lebih 42 juta penduduk bumi sudah mendapat jangkitan itu.

Misi sekarang adalah mengurangkan jangkitan dan mencari vaksin untuk menyembuhkan penyakit daripada virus yang ganas itu.

Bagi meredakan lengkuk landai statistik, majoriti daripada 217 negara yang terjejas telah mengarahkan perintah berkurung atau lockdown.

Namun, lockdown ada pro dan kontranya.

Memetik kisah yang disiarkan di The New York Post, memang tragis.

Ibu kepada tiga anak yang merupakan rakyat United Kingdom dilaporkan meninggal dunia pada hujung minggu lalu akibat barah otak tahap empat selepas kemoterapinya terpaksa dihentikan sejak bulan Mac lalu.

Emma Jenkinson, 31, dikatakan memberi reaksi baik terhadap rawatannya sebelum itu.

(Jom baca: COVID-19 mengganas semula, 6 perkara penting yang patut kita tahu dan faham)

Suaminya, Andrew Jenkinson memberitahu, Emma telah disahkan menghidap kanser pada usia 24 tahun dan dikatakan sudah sembuh.

Namun, keadaan kesihatannya semakin memburuk pada Mei lalu ketika dunia sedang hebat dibadai virus korona.

"Dia (Emma) mula kehilangan keseimbangan, dia jatuh antara 15 hingga 20 kali sehari antaranya di kebun kami yang menyebabkan kepalanya terhantuk. Dia kemudian menjalani pemeriksaan, namun doktor berkata, barahnya makin teruk. Apabila rawatan kemoterapi diberikan semula pada bulan lalu, ia sudah lagi tidak berfungsi," kata lelaki itu.

Kemoterapi ditunda gara-gara lockdown, wanita derita kanser otak tahap empat maut SEDIH. Gambar kenangan Emma bersama tiga anaknya yang masing-masing berusia 11, sembilan dan dua tahun.

Keluarga itu dikatakan tidak mempunyai wang untuk mengebumikan wanita itu dan hal berkenaan sangat menyedihkan. Emma juga tidak mempunyai insurans nyawa.

Melihat situasi itu, orang ramai mula mengumpul dana lebih dari RM70,000 untuk menguruskan mendiang.

Menurut The New York Post, kematian Emma merupakan salah satu contoh kesan hebat akibat Covid-19.

Pakar dari negara Uncle Sam itu menganggarkan jumlah individu yang mati akibat barah payudara atau kolorektal akan meningkat sekitar 10,000 orang dalam tempoh 10 tahun akan datang, akibat daripada kesan pandemik.

Gara-gara virus yang masih belum menemui vaksin yang sebenar, banyak makmal penyelidikan kanser terpaksa ditutup.

Foto The New York Post dan Man Media 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang