Kerap dijeling rakan di tempat kerja, jururawat terima pampasan RM143,000. 'Dilayan biadap, diasing dan diperlekeh'

Gambar kecil: Sekadar hiasan
Gambar kecil: Sekadar hiasan
A
A
A

JANGAN main-main dengan perbuatan menjeling. Ia juga boleh menjadi punca anda didakwa membuli dan menyakiti rakan sekerja!

Seperti seorang jururawat di Scotland ini yang menerima pampasan sebanyak  £25,000 (kira-kira RM143,000) selepas tribunal pekerjaan mendapati dia menjadi mangsa buli berterusan di tempat kerja. 

Antara perlakuan yang dikenal pasti termasuk jelingan berulang setiap kali bersuara yang akhirnya menyebabkan tekanan emosi sehingga membawa kepada peletakan jawatan. 

Tribunal juga menyifatkan kegagalan majikan menangani aduan sebagai pelanggaran serius terhadap kontrak pekerjaan mangsa.

Jisna Iqbal yang merupakan doktor gigi bertauliah di India namun belum layak untuk menjalankan amalan pergigian di United Kingdom. 
Jisna Iqbal yang merupakan doktor gigi bertauliah di India namun belum layak untuk menjalankan amalan pergigian di United Kingdom. 

Memetik Daily Mail, panel tribunal mendapati mangsa, jururawat pergigian, Maureen Howieson, 64, telah menjadi mangsa perlakuan yang 'biadab, mengasingkan, membuli dan memperlekehkan' oleh rakan sekerjanya, Jisna Iqbal.

Howieson dan Jisna yang sama-sama bertugas di Great Junction Dental Practice, Edinburgh dilaporkan tegang, sehingga mendorong Howieson telah berkhidmat dalam bidang pergigian selama lebih 40 tahun meletakkan jawatan.

Wanita itu bertugas di bahagian kaunter penerimaan pesakit kerana masalah artritis yang menyukarkan dirinya melaksanakan tugas sebagai jururawat.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada tahun lalu, klinik tersebut telah dijual kepada Dr Fary Johnson Vithayathil yang kemudiannya mengambil Jisna bekerja.

Jisna yang merupakan doktor gigi bertauliah di India namun belum layak untuk menjalankan amalan pergigian di United Kingdom. 

Justeru, beliau mengambil alih tugas kaunter penerimaan ketika Howieson sedang cuti sakit.

Tribunal di Edinburgh dimaklumkan bahawa hubungan antara mereka mula menjadi tegang apabila Howieson mendakwa Jisna bersikap biadab dan tidak menghormatinya. 

Jisna Iqbal yang merupakan doktor gigi bertauliah di India namun belum layak untuk menjalankan amalan pergigian di United Kingdom. 
Jisna Iqbal yang merupakan doktor gigi bertauliah di India namun belum layak untuk menjalankan amalan pergigian di United Kingdom. 

Antaranya dengan kerap diabaikan, dijeling setiap kali beliau bersuara, berhenti berbual apabila dirinya memasuki bilik dan enggan melaksanakan tugasan apabila diminta.

Jisna terdahulu menolak dakwaan tersebut. Bagaimanapun, panel tribunal menerima versi kejadian yang dikemukakan oleh Howieson.

Klinik berkenaan mendakwa tugas Howieson tidak berubah, namun tribunal mendapati kenyataan itu sama sekali bercanggah dengan bukti yang ada.

Terdahulu, pada September 2024, Howieson telah bertemu dengan Dr Vithayathil dalam keadaan menangis memberitahu dia telah diperkecilkan sehingga hanya melakukan kerja-kerja seperti seorang tukang cuci.

Keesokan harinya, Jisna enggan meninggalkan kaunter penerimaan pesakit manakala Howieson dijadualkan memulakan syif pada waktu petang.

Howieson kemudian dimaklumkan tentang perkara itu kepada Dr Vithayathil. Doktor berkenaan berkata akan berbincang dengan isterinya tentang aduan berkenaan, namun perkara itu tidak berlaku.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Hubungan antara dua rakan sekerja itu terus merosot dan difahamkan, Howieson telah mengalami serangan panik akibat tekanan yang dialaminya.

Howieson meletakkan jawatan pada bulan Oktober selepas menerima bayaran gaji yang kurang daripada sepatutnya

Hakim Tribunal Pekerjaan, Ronald Mackay, menyifatkan kegagalan pihak majikan menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Howieson sebagai satu kelalaian tidak wajar dan tidak boleh diterima.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Beliau berkata janji majikan bahawa isu-isu tersebut akan ditangani tidak ditepati, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang bermusuhan secara berterusan.

Tribunal mendapati bahawa berlaku beberapa pelanggaran serius terhadap kontrak  Howieson, dan melayakkan  beliau  untuk menerima pampasan sebanyak £25,254 (RM144, 525.74)

Sumber: Daily Mail

"Benda ini (buli) boleh je diubah, tak pasti jika itu cara nak buat mental pelakon baharu lebih kuat, tapi pada saya benda itu tidak sepatutnya diteruskan...," ujar Aeril.

Demikian yang dikongsikan oleh pelakon, model dan usahawan Aeril Zafrel tatkala ditemu bual SinaPlus baru-baru ini.

Untuk perkongsian lanjut dengarkan video ini.

Bagi peminat setia Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, lupa dapatkan Sinar Harian menerusi sisipan SinarPlus hari ini untuk mengetahui kisah pasangan ini selanjutnya tentang kontroversi perkahwinan, peralihan bidang seni kepada dunia bisnes, reaksi Aeril tentang kisah penyondol, pengakuan Wawa mengenai perangai suami kesayangannya itu m, tip bahagia dan banyak lagi.

Anda juga boleh layari sinarplus.sinarharian.com.my.

#coversinarplus #wawazainal #aerilzafrel #pelakon #model #usahawan #wawasunscreen #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: NUR HAWA ZAINAL ABIDIN (@wawa_zainal) & SUHAIRIL SUNARI (@aeril_zafrel)

Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)

Foto: ASRIL ASWANDI

Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

Muzik: LNDO Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang