SAKIT kepala acap kali dianggap satu hal yang biasa dan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan.

Bagaimanapun, jika anda kerap mengalaminya, rawatan doktor diperlukan untuk mengenal pasti punca sakit kepala itu.

Demikian yang berlaku terhadap seorang lelaki di Shenzen yang kerap mengalami sakit kepala melampau.

Baca juga Sering jatuh hingga sukar berjalan, kesihatan merosot dalam masa 3 bulan, ibu sayu rupanya Iman alami gangguan saraf

Setelah mendapatkan pemeriksaan doktor, rupa-rupanya terdapat sebutir peluru tertanam di dalam tengkoraknya 20 tahun yang lalu.

Xiao Chen, 28, telah lama alami sakit kepala, namun, sakit itu lebih kerap terjadi kepadanya kebelakangan ini.

Katanya kepada Oddity Central, pada mulanya beliau menganggap sakit kepala itu akibat daripada kurang tidur ketika hari minggu, tetapi sakit kepala itu kerap mengganggu tidur malamnya.

“Keadaan yang begitu teruk menyebabkan saya membuat keputusan untuk ke hospital dan doktor menemui punca yang pelik penyebab sakit kepala itu,” jelasnya.

Ketika melakukan MRI, doktor di Hospital Besar Universiti Shenzhen menemui objek aneh di sebelah kiri tengkorak Chen.

Pada ketika itulah pemeriksaaan lanjut dibuat dan objek kecil itu disahkan sebagai peluru logam.

Bercerita mengenai kejadian peluru itu, Chen masih ingat kejadian peluru tertanam di kepalanya.

Iklan

“Waktu itu saya baru berusia 8 tahun, pistol angin secara tidak sengaja meletus dan terkena di bahagian kepala saya,” katanya yang bermain bersama abangnya ketika itu.

Beliau dan abangnya takut dimarahi ibu bapanya tidak memberitahu kejadian tersebut dan menutupi luka itu dengan rambutnya supaya tidak disedari sesiapa.

Tambahnya lagi, luka itu tidaklah begitu sakit, sehinggakan beliau terus terlupa akan kejadian itu.

PEMBEDAHAN

Iklan

Bercerita lebih lanjut kepada Oddity Central, doktor memberitahunya bahawa beliau bertuah kerana
peluru itu tidak menembusi tengkorak sepenuhnya atau mengenai otak.

Katanya, beliau menjalani pembedahan kecemasan penghujung bulan lalu.

“Peluru berusia 20 tahun itu berukuran panjang satu sentimeter dan diameter 0.5 sentimeter itu berjaya dikeluarkan,” jelasnya.

Chen kini dibenarkan keluar dan sedang menjalani proses pemulihan di rumahnya.