Kisah benar, 36 tahun menyamar jadi lelaki, tindakan nekad ibu tunggal membuatkan ramai terkejut
SUKAR untuk meneruskan hidup sebagai ibu tunggal dengan gangguan seksual melampau, seorang wanita di India nekad mengubah penampilan diri.
Ibu anak satu yang dikenali dengan nama Petchiammal sanggup menyamar menjadi seorang lelaki selama 36 tahun lamanya demi menjaga anaknya dalam suasana selamat.
Jalan cerita wanita itu sangat tragis.
Lapor india.com, beliau yang berasal dari Kampung Kattunayakanpatti, Tamil Nadu itu dikatakan kematian suami tercinta ketika usianya 20 tahun.
Mendiang meninggal dunia selepas 15 hari mereka berkahwin dan ketika itu, Petchiammal disahkan mengandung anak sulung.
Hilang punca pencarian membuatkan beliau sanggup bekerja di tapak pembinaan, kedai makan dan hotel demi kelangsungan hidup.
Namun lapor portal tersebut, akibat sering diganggu lelaki di tempat kerja selama lebih sebulan membuatkannya mengambil tindakan ekstrem dengan menjadi lelaki.
Beliau memilih nama Muthu.
Pada waktu tersebut, anak perempuannya, Shanmugasundari masih kecil.
Tidak mahu dirinya terus diganggu, Petchiammal turut mengubah penampilannya dengan memotong rambut dan memakaikannya baju lelaki.
Memetik portal tersebut lagi, identiti asal hanya diketahui oleh saudara-mara terdekat dan anaknya sahaja.
Baca juga 7 bulan menyamar doktor pelatih di Australia, wanita Malaysia didenda RM29,743.59
ENGGAN KEMBALI 'JADI WANITA SEMULA'
'Penyamaran' itu berlangsung dalam jangka masa yang lama.
Kini kehidupannya dilaporkan makin stabil dan anaknya pun sudah berkahwin.
Justeru, ramai beranggapan ibu tunggal tersebut mahu menjadi wanita semula.
Pun begitu, Petchiammal dalam laporan berkenaan menegaskan mahu mengekalkan identitinya sebagai Muthu buat selama-lamanya.
Baca juga Lelaki bingung, hantu 'menyamar' sebagai dirinya dan hantar kiriman teks kepada kekasih
Ini kerana katanya, walaupun sudah berusia 57 tahun, namun beliau masih belum bersedia untuk kembali menjadi wanita.
"Dunia sekarang ini masih belum selamat," katanya.
Memang tidak dinafikan, kes gangguan seksual, rogol, liwat di India memang menakutkan lebih-lebih lagi mangsanya kebanyakan anak yang masih kecil dan kaum Hawa.
Dari sudut lain, pengorbanan seorang ibu memang tiada tandingannya apatah lagi sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Semoga semua jasa tidak ternilai tersebut dapat dibalas dengan setimpal.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang