MENGGODAM laman web dan menggelapkan bank sudah semestinya merupakan salah satu perbuatan jenayah yang salah dari sisi undang-undang tidak kira di mana-mana negara sekalipun.

Namun, seorang pemuda dari Tizi Ouzou, Algeria sanggup melakukan jenayah itu untuk membantu orang miskin dan menderma.

Menjadi salah seorang daripada 10 penjenayah paling diburu oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Hamza Bendelladj, 33, merupakan seorang penjenayah siber yang sangat terkenal.

Menggunakan nama samaran sebagai BX1 dan juga ‘Penggodam Gembira’, Hamza dikatakan sangat mahir dalam ilmu teknologi maklumat dan juga urusan menggodam akaun serta laman web.

Menurut laporan Al Jazeera, beliau telah menggodam ratusan laman web dan mencuri wang daripada akaun serta laman web yang telah digodamnya.

Berjuta-juta ringgit diperoleh Hamza daripada kerjanya itu, namun apa yang anehnya, beliau tidak gunakan langsung wang yang diperolehnya.

Sebaliknya, lelaki itu telah mendermakan semuanya kepada rakyat di negara-negara Afrika yang miskin dan kepada rakyat di Palestin.

Untuk rekod, Hamza telahpun berjaya menggodam dan menggelapkan sebanyak 217 bank di seluruh dunia.


Menurut dokumen pengadilan, antara tahun 2009 dan 2011, beliau telah memasarkan dan menjual pelbagai versi virus SpyEye kepada penjenayah siber yang memungkinkan mereka mendapatkan kata laluan, nama pengguna dan maklumat kad kredit.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat juga mengatakan bahawa Hamza turut mengiklankan SpyEye di forum penggodaman komputer yang dikenali sebagai Darkode.

Iklan

Malangnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah nasib Hamzah

Selepas diburu selama tiga tahun, pada 8 Januari 2013, ketika beliau dalam penerbangan dari Mesir ke Malaysia, pesawatnya telah berhenti seketika di Bangkok, Thailand.

Iklan

Pada masa itulah, Hamza ditahan setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun (hukuman diringankan pada asalnya 60 tahun) dan didenda RM64 juta oleh mahkamah Amerika Syarikat.

Lebih menarik perhatian, Hamza cuma mengukir tersenyum apabila dirinya dibawa ke penjara.

Robin Hood betul-betul wujud rupanya! Namun ingat, matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara ya…