Kos bina RM0.1 bilion, pindah RM99 juta, patung ‘buruk’ sakitkan mata terpaksa dialih

A
A
A

PERCAYA atau tidak, memang wujud binaan yang menyakitkan pandangan hingga penduduk sekitar membuat aduan kerana ia terlalu buruk!

Sebuah patung gergasi setinggi lebih 57meter terpaksa dialihkan berikutan aduan penduduk yang menyatakan ia menyakitkan pemandangan di bandar Jingzhou, wilayah Hubei baru-baru ini.

Patung yang membentuk badan Guan Yu iaitu seorang jeneral terntera semasa dinasti Han berkuasa iaitu sekitar tahun 202 sebelum Tahun Masihi sehingga 220 Selepas Tahun Masihi dikatakan dibina pada tahun 2016 menelan kos sebanyak AS$26 juta (RM107.85 juta).

Malah yang menjadi perhatian ramai ialah perbelanjaan untuk mengalihkan patung seberat 1,200 tan itu yang mencecah AS$24 juta (RM99.5 juta)!

Patung yang asalnya dibina untuk menarik pelancong itu dikatakan tidak memberikan pulangan modal kerana kenaikan pendapatan sektor pelancongan di kawasan itu hanya meningkat AS$2 juta (RM8.27 juta) sahaja.

Difahamkan, patung yang dibina di atas bangunan muzium itu adalah yang terbesar di dunia.

Baca juga Bengang jalan kerap berlubang, lelaki tanam pokok pisang tengah jalan

“Kami mempunyai teruja untuk membuat Guinness World Record ketika itu. Jadi patung ini menjadi lebih besar selama proses perancangan pembinaan, "kata wakil Ketua Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Jingzhou, Zhang Hong kepada South China Morning Post.

Demikian besarnya hak penduduk setempat hinggakan patung terbesar di dunia pun terpaksa dialihkan.

Follow kami di Instagram!

Sumber: New York Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang