Kos sara hidup makin tinggi, ini luahan orang ramai tentang cara mereka berjimat
SEMAKIN hari kos sara hidup semakin meningkat dan kebanyakan daripada kita tiada cara lain selain perlu berjimat-cermat.
Jika tidak, gaji yang diterima setiap bulan memang cukup-cukup makan jer.
Justeru, kita lihat terdapat macam-macam stail atau cara cara tersendiri setiap orang untuk menabung.
Seorang lelaki dari Britain baru-baru ini mengambil inisiatif memuat naik satu entri di Facebook bertanyakan tentang kaedah paling pelik yang pernah dicuba orang ramai untuk menyimpan wang.
Apa yang memeranjatkan, tinjauan tersebut menerima beratus-ratus jawapan.
Masing-masing meluahkan bagaimana kebanyakan orang berusaha untuk berjimat untuk perbelanjaan terutama untuk makanan dan bil seharian.
Tak kisah kalau nak bercuti, tapi jaga bajet, perbelanjaan sekolah anak-anak perlu diutamakan
GUNA SEMULA BARANGAN
Seorang pengguna mendedahkan beliau menggunakan napkin yang diambil dari pelbagai tempat supaya tidak perlu membeli tisu tandas.
“Tidak pasti berapa banyak wang mampu dijimatkan, namun setiap sen perlu dikira,” katanya.
Terdapat juga maklum balas yang menyatakan mereka melakukan penjimatan dengan mengitar semula barangan.
“Saya mencuci beg ziplock dan balang kaca untuk diguna semula,” ujar seorang lagi pengguna laman sosial tersebut.
Seorang wanita pula menyatakan beliau mengguna semula kanta sentuh pakai buang untuk tiga hingga empat hari sebagai langkah untuk berjimat.
Dalam pada itu, seorang pengguna kongsikan beliau pernah melihat individu menggulung tisu tandas untuk dibawa pulang dan mengisi botol sabun kosong di sebuah tandas awam.
Bagi menambah pendapatan sedia ada, seorang wanita melakukan online survey sebagai pendapatan sampingan.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyerahkan wang simpanan kepada ibu saudaranya supaya beliau tidak mudah untuk menggunakannya.
Baca juga: Ada niat nak berhijrah ke luar negara? Ini 7 destinasi yang tawar wang kepada bakal penghuni
LANGKAU WAKTU MAKAN
Beberapa orang pelayar lain pula menyatakan mereka terpaksa ‘skip’ makan untuk menjimatkan wang.
“Saya makan satu atau dua kali sahaja sehari dan akan berpuasa setiap beberapa hari. Ia sebenarnya sangat baik asalkan anda makan secara sihat!” katanya.
Kenyataan itu disokong seorang lagi pengguna.
'Saya tidak makan sarapan pagi atau makan tengah hari. Saya hanya ambil makan malam dangan porsi yang besar,” ujarnya.
BELI BARANGAN SECARA HARIAN
Komen turut diterima dengan menyatakan mereka makan di luar dan membeli barangan runcit setiap hari kerana ia jauh lebih murah.
“Cara itu mungkin tidak berkesan untuk semua orang, namun kami membeli apa yang kami mahu pada hari itu berbanding berbelanja secara pukal untuk sepanjang bulan atau minggu.
“Ia mengurangkan pembaziran,” katanya.
Antara langkah pelik lain yang dilakukan termasuk menyembunyikan wang untuk mengelakkan mereka berbelanja.
Ada juga pengguna yang menyatakan mereka menggunakan bilik air di tempat kerja sebaik mungkin bagi menjimatkan air dan tisu tandas di rumah.
Tak sangka ada pelbagai cara orang untuk berjimat.
Pun demikian, SinarPlus nasihatkan agar kita menyimpan dengan cara yang betul.
Jangan pula mencuri atau melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber: Daily Mail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang