Kutip cengkerang, seorang ibu dapat 'kejutan' denda $88,000

Copy of Copy of gambar portal_20240527_102839_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240527_102839_0000
A
A
A

 

NIAT cuma ingin mengutip cengkerang di pantai namun lain pula yang terjadi kepada sebuah keluarga apabila dikejutkan dengan denda sebanyak $88,000 (RM413,995).

Wanita berkenaan, Charlotte Russ berkata, anak-anaknya bermandi-manda di pantai Pismo, California sebelum mereka mengutip cengkerang yang malangnya ia ialah kulit kerang yang dilindungi.

"Saya benar-benar terkejut menerima denda lima angka berkenaan kerana tidak menjangkakannya.

"Lebih daripada $88,000 dikenakan akibat melanggar peraturan yang saya sendiri tidak tahu wujudnya denda ini.

"Anak-anak saya fikir mereka mengumpul cengkerang, tetapi mereka sebenarnya mengumpul 72 kulit kerang dilindungi," katanya.

Peraturan kerang wujud untuk melindungi spesies tersebut, menurut pegawai Jabatan Ikan dan Hidupan Liar negeri, Lt Matthew Gil.

"Kita mempunyai peraturan ini bertujuan bagi ia membiak sehingga empat setengah inci supaya boleh bertelur dan menghasilkan lebih banyak setiap tahun," katanya.

Charlotte berkata, denda itu bagaimanapun merosakkan kegembiraan mereka.

Ibu tersebut terpaksa berdepan dengan hakim San Luis Obispo County di mahkamah dan menjelaskan kesilapan keluarganya yang tidak disengajakan dan bernasib baik dapat menurunkan dendanya sebanyak $500.

Katanya, mereka tidak melihat papan tanda amaran terhadap pengumpulan kulit kerang berkenaan.

Sebagai simbolik kejadian, Charlotte membuat tatu kulit kerang di lengan dengan nombor 72 untuk mengingati kejadian itu selama-lamanya.

'Ia pasti satu perjalanan mahal ke Pismo dan tidak dapat dilupakan," ujarnya.

Sumber The Metro UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang