SEMANGAT yang berkobar-kobar membuatkan seorang lelaki dari Poland sanggup menghabiskan masa lebih tiga jam di dalam bekas yang berisi ais demi mencatatkan namanya dalam Guinness World Record.

Memang pelik, tetapi bagi mencapai cita-citanya itu, Valerjan Romanovski telah menggunakan sebuah bekas kaca yang mampu memuatkan puluhan kilogram ketulan ais termasuk dirinya.

Perkara tersebut diperlihatkan kepada umum di Wilno, Poland dengan menyaksikan beliau berendam selama tiga jam, 28 minit.

 

Baca juga:

Baca juga:

Usaha Romanovski itu juga dikatakan demi menewaskan pemegang rekod terdahulu, Romain Vandedorpe dari Perancis yang mencatatkan masa dua jam, 35 minit.

Iklan

"Saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk berlatih dan menahan kesejukan.

"Enam bulan sebelum usaha mencatat rekod ini, saya telah melatih diri untuk lebih berdisiplin dan berdekikasi demi mencatat rekod," kata beliau memetik laporan media antarabangsa, upi.com.

Keadaan Romanovski yang ditimbuni dengan puluhan kilogram ais selama lebih tiga jam.

Romanovski sebelum ini pernah memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk jarak terjauh berbasikal di luar jalan (off-road) dalam tempoh 12 jam sepanjang 314.6 kilometer.

Iklan

"Saya seorang yang sukakan cabaran. Melatih diri untuk bersenam bukan satu perkara sukar kerana tubuh saya sudah tersedia dengan situasi itu.

"Saya menggunakan pengetahuan dalam bidang perubatan seperiti paramedik, ahli sains dan kedoktoran," tambahnya lagi.

Hmm...macam-macam cara orang nak cipta rekod dunia ya, tapi kebanyakannya hal-hal yang tak masuk dek akal dan memerlukan perbelanjaan yang besar.

Apa-apapun usaha dan semangat mereka masih perlu diberi kredit. Agak-agaknya ada tak orang Malaysia mahu pecahkan rekod dunia dengan sesuatu yang unik, tetapi memberi manfaat? Kita tunggu dan lihat ya...

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram