Lelaki Vietnam obses barang kemas, setiap hari melaram 2kg rantai, gelang, cincin emas
SELALUNYA emas menjadi rakan baik dan pujaan wanita. Memiliki koleksi perhiasan barang kemas juga menjadi hobi kaum ini.
Namun lain pula halnya yang berlaku di Vietnam apabila seorang pemuda menjadi viral kerana obsesinya terhadap emas.
Lelaki itu memakai ‘berkilo-kilo’ barang kemas pada leher dan tangannya. Malah dia juga turut memandu kereta dan motosikal bersadur emas.
Tran Duc Loi, seorang usahawan dari wilayah An Giang di Vietnam mendapat banyak perhatian di negara asalnya kerana minat kepada logam berharga paling popular di dunia itu.
Ia bermula sejak tiga tahun yang lalu apabila Tran mencari rezeki dengan menjual biawak Amerika Selatan sebagai haiwan peliharaan mewah.
Baca juga: Dikatakan terlalu kaya, jutawan muda penuh kontroversi ini mahu bantu langsaikan hutang negara
Baca juga: Alang-Alang Kaya, Usahawan Tempah Pelitup Muka Emas 108 Gram Berharga RM236,000
Sejak itu dia mula membeli emas untuk perhiasan diri kerana percaya boleh meningkatkan nasib dan kemakmurannya. Dia percaya emas memberikan nasib baik dalam tuah perniagaan.
Justeru, dia memastikan untuk memakainya sebanyak mungkin apabila dia keluar rumah.
“Pada mulanya, saya hanya memakai beberapa barang kemas dan kemudian terus menambah lagi dari masa ke semasa.“Tidak dinafikan pada mulanya saya merasakan ia berat, tetapi lama kelamaan jadi terbiasa,” kata Tran.
Setelah tiga tahun, pemuda itu sudah pandai menyesuaikan perhiasan emasnya dan mencari keseimbangan.
“Aksesori emas yang kecil mudah pecah manakala aksesori yang tebal pula terlalu berat untuk dipakai untuk jangka masa yang lama,"katannya.
Selain daripada perhiasan mewah yang boleh dilihat dipakainya dalam video TikTok, Tran juga mempunyai sebuah kereta jenama Lexus serta beberapa motosikal bersadur emas.
Betapa mewahnya gaya pemuda ini, proses penyaduran emas pada kenderaan sahaja dipercayai mencecah beberapa ratus juta dong Vietnam.
Dia mendakwa bahawa mereka semua bersalut emas, tetapi saya secara peribadi merasakan ia berisiko semata-mata untuk ditinggalkan tanpa pengawasan.
Tran mendedahkan bahawa dia memakai hampir dua kilogram barang kemas emas setiap kali dia keluar, termasuk rantai leher 250 gram berbentuk naga, 10 cincin emas besar, gelang dan jam tangan besar bersadur emas.
Dia tidak memakainya secara sembarangan, tetapi bergantung pada prinsip feng-shui.
Walaupun sesetengah orang mengkritik kerana Tran mempamerkan kekayaannya dan menunjukkan contoh tidak baik kepada golongan muda, populariti Tran di TikTok melonjak hingga menjadi sebagai bintang media sosial.
Beberapa video Tran meraih berjuta-juta tontonan. Warganet rata-rata berharap mereka menjadi seperti Tran yang mewah dengan emas.
Baca juga: Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi
Sumber: Oddity Central
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang