5 pemuda didenda jalan itik gara-gara tak pakai face mask

A
A
A

SEPERTI ramai sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah melaksanakan arahan kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tidak memakai pelitup muka bagi pencegahan Covid-19.

Ya! Jika dahulu denda RM1,000 dikenakan kepada individu atau syarikat yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan kini tidak lagi.

Buktinya baru-baru ini juga terdapat dakwaan pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada seorang individu gara-gara individu tersebut menyangkut pelitup mukanya di dagu.

Awas ya! Gagal memakai pelitup muka dengan sempurna juga adalah satu kesalahan melanggar SOP.

Namun, itu apa yang berlaku di negara kita, lain pula kisahnya yang berlaku di luar negara apabila tular sebuah gambar yang memperlihatkan lima orang pemuda didenda berjalan itik gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, memetik laporan India Times, siasatan awal mendapati kesemua individu terbabit dihukum bukan kerana tidak memakai pelitup muka tetapi kerana ingin memasuki kawasan pantai berdekatan.

Lima pemuda didenda jalan itik gara-gara tidak memakai pelitup muka

Mereka didakwa kerana cuba menceroboh masuk kawasan larangan di pantai Marine Drive yang terletak di India.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap polis dan mendakwa lima pemuda berkenaan ditahan pada Isnin lalu oleh anggota polis Mumbai yang kebetulan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Mereka didapati bersalah menceroboh. Bagaimanapun, mereka tidak dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Sebaliknya, kesemua pemuda yang telah ditahan itu dibebaskan anggota polis berkenaan selepas memberi mereka peringatan dan amaran mengenai keselamatan.

Kisah itu mendapat perhatian selepas tularnya gambar pemuda terbabit menjalani hukuman di laman sosial.

Bagaimanapun gambar itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan warganet yang beranggapan lima pemuda berkenaan didenda kerana tidak memakai pelitup muka.

Sumber : The Time Of India

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang