DALAM keadaan banyak negara yang masih berdepan dengan pelaksanaan ‘lockdown’ dan bertarung nyawa memerangi virus Covid-19, situasi berbeza pula berlaku di London, Britain.

Dipetik dari portal berita, bagi meraikan pembukaan semula kota London selepas lebih setahun ‘lockdown’ dan pengumuman ‘Freedom Day’ pada 19 Julai lalu, ratusan warga tempatan bakal mengadakan acara kayuhan basikal tanpa berpakaian.

Difahamkan pengumuman ‘Freedom Day’ itu bertujuan untuk membenarkan aktiviti pementasan teater, kelab malam, bar dan restoran untuk beroperasi semula seperti biasa.

Menzahirkan rasa gembira, penduduk setempat sepakat untuk mengadakan kayuhan basikal tanpa pakaian yang dijadualkan berlangsung pada 14 Ogos depan.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

 

 

Menurut wakil penganjur, acara tersebut akan berlangsung berhampiran dengan Jambatan Westminster dan berakhir di sekitar Hyde Park Corner.

Tambahnya, penunggang dinasihatkan untuk menetapkan kayuhan sekitar 9 kilometer per jam (kpj) sepanjang laluan sejauh 32 kilometer sebelum berkumpul di Central London.

Iklan

“bagi penunggang yang ingin cat badan mereka, disarankan untuk berbuat demikian di rumah sebagai langkah berjaga-jaga penularan Covid-19,” jelas wakil.

Acara Berbasikal Tanpa Pakaian Sedunia itu telah wujud sejak tahun 2004 dan turut meluaskan pengaruh mereka ke lebih 70 buah negara lain.

Kayuhan tersebut merupakan simbolik penentangan terhadap beberapa isu global seperti hak berbasikal dan sebagainya.

Iklan

Dilaporkan, laluan 233 Shirley Church, CRO 5AB menjadi lokasi awal acara yang dijadualkan bermula pada pukul 1 petang (waktu tempatan) itu.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram