BERCAKAP pasal bonus, berapakah jumlah paling banyak yang pernah anda perolehi? Adakah boleh menandingi staf syarikat Taiwan ini?

Syarikat perkapalan kontena gergasi, Evergreen Marine baru-baru ni memberi ganjaran kepada pekerjanya dengan bonus ‘durian runtuh’ akhir tahun sebanyak antara 10 dengan 52 bulan gaji setiap seorang selepas mencatatkan keuntungan besar pada 2022.

Difahamkan Jumlah ini jauh lebih tinggi daripada 40 bulan yang ditawarkan tahun lepas.

Baca juga: Untunglah, pekerja syarikat ‘oil and gas’ Korea Selatan terima bonus 120 bulan gaji

Kebanyakan pekerja diberi ganjaran bonus akhir tahun antara 10 hingga 45 bulan gaji, manakala mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang unggul menerima bersamaan dengan 52 bulan gaji.

Lapor Taipei Times, Evergreen enggan mengesahkan laporan atau menjawab soalan mengenai bonus. Ia hanya mengatakan bahawa setiap pekerja diberi ganjaran berdasarkan prestasi mereka.

Syarikat itu memperolehi untung bersih NT$304.35 bilion (AS$9.91 bilion) pada tiga suku pertama tahun 2022.

Baca juga: 27 tahun setia berkhidmat, majikan dipuji murah hati taja staf tunai umrah

Saingan tempatan Evergreen, Yang Ming Marine pula merancang untuk memberi ganjaran kepada pekerjanya sehingga 13 bulan gaji.

Nampaknya kebanyakan syarikat-syarikat perkapalan mencatat pertumbuhan yang ketara. Ia hasil daripada kenaikan kadar tambang dan kesesakan di pelabuhan di seluruh dunia ketika pandemik Covid-19.

Kredit foto: Pixabay

Untunglah mereka kan! Baru-baru ini syarikat ‘oil and gas’ (minyak dan gas) Korea Selatan tawarkan bonus sebanyak 120 bulan gaji jadi perhatian warga maya.

Iklan

Hyundai Oilbank memberikan bonus 120 bulan iaitu 1,000 peratus daripada gaji pokok kepada kakitangannya. Bonus tersebut diberikan sejajar dengan prestasi cemerlang dan lonjakan keuntungan.

Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Sumber: Taipei Times

Iklan

Kredit foto utama: Pixabay, Instagram @evergreen.line

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.