LAZIMNYA, majlis graduasi diadakan bagi meraikan mereka yang berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di seluruh dunia.

Budaya sambutan konvokesyen itu sudah dimulakan sejak prasekolah lagi bagi menyuntik semangat anak-anak kecil untuk rajin belajar dan menghargai kesungguhan mereka menelaah pelajaran.

Pun begitu, apa yang berlaku di Jakarta, Indonesia memang menarik perhatian ramai khususnya golongan warganet apabila pesakit Covid-19 yang disahkan negatif dan sembuh diraikan penuh kegembiraan.

graduasi covid-19

Ya! Seolah-olah ‘majlis graduasi’ mini diadakan lengkap dengan selempang dan topi. Mereka yang sembuh diraikan dengan penuh kegembiraan atas ‘kejayaan’ berjuang menentang wabak virus korona tersebut.

Menurut laporan portal Kumparan.com, tradisi meraikan pesakit Covid-19 yang disahkan sembuh dan dibenarkan pulang dengan gegantung yang ditulis “Graduation Day Covid 19 RSDC Wisma” tular melalui media sosial.

@cicipelinOfficially Sarjana Covid Cuyyy!! Thankyouu all ##wismaatletkemayoran ##covidsurvivor ##pejuangnegatif ##fyp

♬ original sound – Lucho & Emma

Video pendek yang tular di Tiktok dan Instagram itu menjadi perbualan hangat warganet dan rata-rata mereka gembira dengan semangat yang dikongsikan golongan frontliners terhadap pesakit yang ditempatkan di Rumah Sakit Darurat (RSD) Kompleks Wisma Atlet Kemayoran, Jakarta.

Berkongsi pengalaman, seorang pesakit, @valentinotnel memuat naik satu video pendek di TikTok dengan kata-kata: “Tradisi di Wisma Atlet, kalau hasil swab sudah negatif, boleh dibenarkan pulang.”

@valentinotnelgraduation covid 19 ##fyp ##wismaatlet ##covid19

♬ Ampun Bang Jago – Tian Storm & Ever Slkr

Video yang menerima lebih 56,000 tontonan itu memperlihatkan sahabat yang juga pesakit yang menerima rawatan di RSD Wisma Atlet berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.

Banyak rupanya video yang dikongsikan @valentinotnel yang menjalani rawatan di RSD Wisma Atlet bersama pesakit lain selepas disahkan positif Covid-19.

Salah satu video yang dimuat naik dalam Tiktok menarik perhatian apabila merakam dua petugas barisan hadapan yang lengkap dengan pakaian PPE.

Difahamkan salah seorang frontliner tersebut seorang doktor yang pernah disahkan positif dan akhirnya sembuh. Dengan tulisan My Hero pada video itu sebagai tanda menghargai kesungguhan petugas yang masih tidak putus asa merawat pesakit di sana.

Iklan
@valentinotnelsemangat para tenaga medis! ##fyp ##wismaatlet ##covid19

♬ original sound – OTS ADM3 DANI CHAN – DANI CHEN🇲🇨

Menarik, bukan? Bukan sahaja meraikan kejayaan pesakit yang sembuh sepenuhnya dengan majlis seumpama itu, bahkan menunjukkan semangat golongan frontliners yang turut berjaya membendung wabak bahaya tersebut.

Jakarta merekodkan sebanyak 211,000 kes Covid-19 dengan jumlah 189,000 kes sembuh dan 3,550 kes kematian, manakala keseluruhan kes wabak Covid-19 yang melanda Indonesia sebanyak 837,000 kes (setakat artikel ini ditulis).

graduasi covid-19

Iklan

Barangkali tradisi menarik itu boleh diimplemenkan di negara ini bagi menyuntik semangat pesakit Covid-19 yang masih bertarung untuk sembuh sepenuhnya.

Bukan mudah ya sebenarnya untuk kekal tenang dari segi mental dan fizikal. Sedangkan dikatakan kontak rapat pun jiwa sudah tidak keruan, inikan pula yang betul-betul disahkan positif Covid-19.

Semoga golongan frontliners negara terus diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus berjuang membendung wabak Covid-19.

SinarPlus juga menyeru semua supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula hari ini.