TERGANGGU dengan najis burung dari pokok yang memasuki pekarangan rumah pasangan warga emas bertindak memangkas separuh pokok tersebut.

Insiden melucukan itu berlaku di Sheffield, England apabila mereka mendakwa terganggu dengan bunyi dan najis yang mengotorkan halaman.

Memetik laporan Metro UK, pasangan suami isteri itu memutuskan untuk memotong dahan pokok berusia 25 tahun yang terletak di tengah-tengah sempadan di antara rumah mereka dengan jiran sebelah.

Kata jiran, pasangan berkenaan tidak berpuas hati apabila burung hinggap di pokok membuat bising dan mengotorkan kawasan rumah.

“Pokok itu sudah berada di situ selama 25 tahun dan kami potong jadi bentuk bulat dengan persetujuan jiran,” jelas mereka.

Baca juga Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Bagaimanapun, disebabkan masih banyak burung bertenggek di pokok itu pasangan warga emas berusia 70 tahun tersebut bertindak meletakkan plastik sampah.

Namun begitu, geram dengan situasi yang tiada kesudahan akhirnya mereka memutuskan untuk menebang terus pokok tersebut.

Iklan

“Minggu lalu mereka memanggil pekerja untuk menebang, tetapi kami halang. Puas dipujuk keputusan (tebang pokok) tetap sama.

Baca juga Tak Boleh Letak Atau Tanam Pokok Di Dalam Tandas? Ini Pencerahannya

Iklan

“Saya percaya mereka ada hak untuk memotong apa sahaja yang memasuki halaman rumah mereka,” ujar seorang jiran.

Difahamkan, masalah berkaitan pokok itu timbul apabila perintah berkurung dilaksanakan di England pada bulan Mac 2020.

Sumber: Metro UK