‘Matahari buatan’ Korea kalahkan ciptaan China

A
A
A

BARU-BARU ini dunia dikejutkan dengan kejayaan China buat kali pertamanya berjaya mencipta dan  menghidupkan 'matahari buatan' hasil gabungan tenaga nuklear sekali gus menandakan kemajuan besar buat negara itu.

Ciptaan terhebat yang dikenali sebagai Reaktor HL-2M Tokamak adalah peranti penyelidikan eksperimen peleburan nuklear terbesar dan termaju di China yang mana para saintis juga berharap ia berpotensi membuka sumber tenaga bersih.

Ia menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas dan mampu mencecah suhu lebih 150 juta darjah Celsius, kira-kira sepuluh kali lebih panas dari pusat matahari.

Hebat bukan? Kemampuan menghasilkan suhu ultra-tinggi tersebut penting dalam proses peleburan (fusion) untuk menghasilkan tenaga.

Namun, terbaharu, Korea Selatan juga dilaporkan berjaya menghidupkan ‘matahari buatan’ dan mencipta rekod dunia baharu.

Menurut CNN, Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR) mengumunkan bahawa kajian yang dijalankan bersama Seoul National University (SNU) dan Colombia University dari Amerika Syarikat itu telah berjaya menghidupkan ‘matahari buatan’ selama 20 saat pada suhu mencapai 100 juta darjah Celcius.

Catatan masa yang direkodkan itu adalah lebih lama berbanding dengan matahari buatan China.

‘Matahari buatan’ Korea kalahkan ciptaan ChinaPengarah pusat kajian KSTAR, Si-Woo Yoon berkata, kejayaan KSTAR mengekalkan suhu tinggi plasma selama 20 saat akan menjadi titik penting di dalam perlumbaan mendapatkan teknologi operasi plasma berprestasi tinggi dan menandakan kemajuan besar negara itu dalam kemampuan penyelidikan tenaga nuklear.

Harapan KSTAR kini adalah untuk menghasilkan operasi berterusan selama 300 saat dengan suhu ion lebih tinggi dari 100 juta darjah calcius pada tahun 2025.

https://www.youtube.com/watch?v=L5XVQuA0Mto&feature=youtu.be

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang