Melampau! Lelaki dakwa intai bawah skirt hilangkan stres akhirnya ke penjara

04
04
A
A
A

STRES merupakan suatu tekanan yang boleh hadir dalam bentuk mental ataupun sosial.

Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tak dapat nak lari dari masalah dan ujian.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kadangkala masalah dalam kehidupan kita boleh menyebabkan stres. Bahayanya, ia boleh mengakibatkan kualiti hidup kita dan orang yang tersayang pun boleh terjejas.

Namun lain situasi yang berlaku kepada seorang lelaki di Singapura ini apabila bertindak luar kawalan bagi mengelakkan dirinya stres.

Dia dilaporkan bertindak mengambil gambar bawah skirt wanita untuk menghilangkan tekanan akibat bergaduh dengan isterinya.

Kelakuan jelik tersebut bagaimanapun membawa padah apabila dia dipenjara selama 10 minggu.

Phua Ze Ming, 30, mengaku bersalah atas tiga tuduhan penyakit intai dengan empat lagi tuduhan diambil pertimbangan dalam menentukan hukuman.

Mahkamah didapati bahawa Phua mengambil gambar intim tiga wanita sebanyak tujuh kali dalam tempoh masa 10 hari pada 2 hingga 12 Mac tahun ini.

Dia ditangkap pada 12 Mac selepas teman lelaki mangsa perasan Phua berdiri di belakang wanita itu dan memegang telefon bimbitnya di bawah skirt mangsa.

Teman lelaki mangsa bersemuka dengan tertuduh dan memeriksa telefon bimbitnya, yang mengandungi gambar punggung temanitanya.

Phua ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas. Siasatan menunjukkan dia mengambil gambar bawah skirt beberapa mangsa lain.

Pihak pendakwa memohon hukuman penjara 12 minggu dengan merujuk Seksyen 377BB mengenai penyakit intai dalam kanun keseksaan, yang digubal Parlimen untuk mencegah trend kesalahan sedemikian daripada meningkat.

Dalam rayuannya, bapa dua orang anak itu berkata dia selalu menyimpan perasaan dan tidak boleh menunjukan kelemahan pada keluarganya mahupun bergantung pada mereka.

Disebabkan itu, dia menampakkan dirinya sebagai lelaki yang gagah, tetapi sebenarnya dia tidak boleh mengawal emosinya.

Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Namun, Phua berharap tidak dimasukkan ke penjara dan menjejas kerjayanya serta dia meminta hukumannya ditangguhkan kerana ingin menyambut hari jadi anak lelakinya pada malam Krismas.

Hakim membenarkan Phua mula menjalani hukuman penjaranya pada Isnin ini.

Sumber : Mediacorp, CNA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang