KISAH penderaan kanak-kanak yang cukup menyayat hati membuatkan hati sesiapapun akan terluka.

Apatah lagi, alasan memukul atau mencederakan si kecil itu kadangkala memang tidak masuk akal.

Kejadian tragis yang menimpa Shannah McAlpine, 2, di Texas, Amerika Syarikat yang kembali tular baru-baru ini membuatkan ramai berang dengan tindakan kejam tersebut.

Lapor nypost.com, kanak-kanak malang itu dipukul dengan teruk oleh teman lelaki ibunya, Jadin Nunez, 27, gara-gara tersalah memakai kasut.

kanak-kanak Shannah didera

Ya! Hanya kesilapan kecil itu, kanak-kanak perempuan berkenaan diperlakukan dengan kejam tanpa rasa kasihan langsung.

Bagaikan dirasuk, Jadin memukul muka Shannah sebelum mengangkatnya ke udara dan menumbuk perutnya sebanyak tiga kali.

Sedangkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bersiap ke pasar raya untuk membeli kelengkapan sambutan hari jadinya.

kanak-kanak Shannah didera

Memetik laporan nypost.com lagi, ibu mangsa, Ashley Marie McAlpine membuat panggilan kecemasan sejurus selepas anaknya dipukul hingga perut si kecil itu panas dan membengkak.

Wanita tersebut sebelum ini dikatakan cuba memandikan Shannah bagi menyejukkan badannya, namun apa yang terjadi, anaknya sudah tidak mampu berdiri sendiri dan mengalami masalah untuk bernafas.

Baca juga Kanak-kanak ditampar hingga jatuh tersungkur, masih pertahankan bapa raih perhatian wargamaya

Tidak sempat mahu menyambut ulang tahun kelahirannya, Shannah menanggung sakit yang teruk sebelum disahkan meninggal dunia.

Merujuk laporan bedah siasat, punca kematian kanak-kanak itu disebabkan kecederaan pada bahagian perut. Sedihkan!

kanak-kanak Shannah didera

Suspek kemudian ditahan selepas dua hari mendiang meninggal dunia.

Ibu mangsa juga didakwa kerana gagal menghalang teman lelakinya daripada memukul atau mendera anak sendiri.

Sebenarnya, sudah hampir dua tahun kes itu dibicarakan di mahkamah dan akhirnya Shannah menerima pengadilan sewajarnya.

Pelaku tersebut akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

kanak-kanak Shannah didera

Iklan

Pada masa sama, nasib juga tidak menyebelahi ibu mangsa apabila dituduh bersubahat dan masih menunggu keputusan rayuan yang dibuat baru-baru ini.

Memang sedih apabila kes keganasan rumah tangga melihatkan anak yang masih kecil yang masih berlaku, malah di Malaysia juga tidak terkecuali.

Baca juga Hanya kerana kotorkan seluar, budak 4 tahun dibunuh kejam oleh ibu sendiri!

Lebih-lebih lagi mereka yang berdepan tekanan akibat hilang kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan.

Memetik kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang PKP bermula Mac 2020 hingga Ogos lalu.

Merujuk statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 4,905 kes insiden keganasan rumah tangga dilaporkan bermula Januari hingga Ogos lalu.

Iklan

kanak-kanak Shannah didera

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jumlah kes itu bukannya sedikit dan perlu dipandang serius semua pihak.

Meskipun anak-anak kecil ’terselamat’ daripada kekejaman penderaan, namun secara tidak langsung meninggalkan trauma cukup mendalam apabila mereka dewasa kelak.

Justeru, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga perlu dibanteras sebaiknya.

Bagi mereka yang berdepan ujian seperti itu, janganlah berdiam diri dan ambil jalan terbaik demi melindungi insan tersayang. #kitajagakita #kitalaluibersama