SEJAK pandemik wabak Covid-19 melanda dunia, kehidupan sosial masyarakat sejagat sememangnya terbatas.

Selain sesetengah negara menetapkan kawalan ketat bagi mengawal wabak itu, ramai dalam kalangan individu sendiri mengambil langkah menjarakkan diri daripada berada di khalayak.

Sudahnya, jika minat atau kesukaan seseorang sebelum itu terhadap sesuatu membabitkan hal yang memerlukannya berada di tempat khalayak, sejak normal baharu dek koronavirus semua perlu ‘berkurng’  diri.

Seperti minat seseorang untuk menghadiri konsert, sejak wabak Covid-19 melanda tiada lagi acara langsung. Semuanya bagi mengekang sebaran virus ini.

Akan tetapi kini ketika beberapa negara mulai meredakan sekatan, pelbagai kaedah mula dicari untuk menghidupkan semula industri muzik, melalui penganjuran konsert. Dalam masa sama tetap menjaga keselamatan penggemar acara ini.

Sekumpulan sehingga lima orang diberi platform untuk menyaksikan pertunjukan tersebut.

Di Virgin Money Unity Arena, UK misalnya, acara penganjuran konsert secara langsung sedang diuji. Kira-kira 2,500 peminat berkumpul untuk meyertai konsert ‘jarak jauh’ pertama di UK ini.

Sam Fender bersama lima anggota pemuzik antara yang membuat persembahan.

Beberapa pemuzik lain dan pelawak – termasuk Van Morrison, Jimmy Carr dan Bill Bailey dijangka turut mengadakan terlibat pada tahun ini dalam satu siri acara.

Bagaimana konsert pertama kaedah social distancing ini berlangsung?

Sememangnya penjagaan jarak sejak ketibaan penonton dijaga. Penonton dipandu ke kawasan tontonan peribadi mereka sendiri. Makanan dan minuman boleh dipesan terlebih dahulu atau melalui aplikasi untuk pengumpulan atau penghantaran.

Pengarah jenama dan pemasaran kumpulan di Virgin Money, Helen Page memberikan komen, pihaknya gembira dapat memainkan peranan dalam mengembalikan acara muzik secara live ketika kembali daripada lockdown, menurut agensi berita PA Media.

Iklan

“Terasa seperti peluang unik untuk meraikan muzik dan semua emosi indah yang datang dengan mengalaminya secara langsung bersama peminat muzik lain,” tambahnya.

Ribuan orang hadir untuk menyaksikan pemuzik Sam Fender pada hari Selasa lalu.

Sementara itu, penganjur turut menyediakan skrin maya, peralatan pelindung diri dan membuat pemeriksaan suhu semasa ketibaan penonton.

Konsep konsert pertama kaedah social distancing di UK ini serta beberapa acara seumpamanya dijangka menarik ribuan penonton.

Iklan

Helen menjangkakan konsert kaedah social distancing ini mungkin kekal sebegini pada masa depan selagi rantaian Covid-19 di seluruh muka bumi belum mendapat kata putus bila ia akan berakhir. -CNN

Mungkinkah negara kita juga berpotensi atau sesuai melaksanakan melaksanakan konsep konsert secara langsung dengan kaedah sebegini? -AG