Messi menangi Anugerah Ballon d'Or buat kali ketujuh
PEMAIN bola sepak, Lionel Messi mencatatkan rekod selaku pemain terbanyak memenangi Anugerah Ballon d'Or selepas mengatasi Robert Lewandwski untuk dinobatkan sebagai pemenang 2021.
Messi yang terdiri daripada kesebelasan pasukan Paris Saint-Germain itu mula memenanginya pada tahun 2010 sejak ia diperkenalkan.
Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA
HERE IS THE WINNER!
SEVEN BALLON D’OR FOR LIONEL MESSI! #ballondorpic.twitter.com/U2SywJmruC
— Ballon d'Or #ballondor (@francefootball) ?ref_src=twsrc%5Etfw">November 29, 2021
Pemain bola sepak profesional Argentina berusia 34 tahun itu memenangi tempat pertama sebanyak tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012.
Pada 2013 dan 2014, beliau memenangi tempat kedua sebelum kembali tempat pertama pada tahun 2015.
Bagaimamapun tahun ini, penyerang sensasi itu kembali mendapat kepercayaan dan undi tertinggi daripada wartawan antarabangsa, kapten serta jurulatih pasukan kebangsaan.
Ballon d'Or merupakan Anugerah Bola Emas yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah.
Baca juga: Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 303 juta followers Instagram
Anugerah ini diberikan kepada pemain yang telah terpilih kerana telah melakukan aksi terbaik selama musim sebelumnya.
Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sering mendominasi anugerah ini.
Baca juga [VIDEO] Semalam Ronaldo, Kini Pogba Alihkan Minuman Keras Penaja Euro 2020
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Twitter @francefoodtball, @leomessi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang