Miliki 4 anak, isteri penyanyi Pasha Ungu dedah rahsia berat ideal & kekal langsing dengan 2 rejim ini!
TERPESONA melihat kecantikan asli yang dimiliki Adelia Wilhelmina, isteri kesayangan Pasha yang juga merupakan vokalis kumpulan Ungu.
Anggun mengenakan hijab sejak tujuh tahun lalu, wanita itu juga memiliki kulit yang licin dan mulus seperti anak dara.
Ditambah pula dengan penampilan diri yang langsing, biarpun sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata.
Akui empunya diri, tiada sebarang rahsia kecantikan yang beliau praktikkan.
Sebaliknya, empunya diri yang mesra disapa Adel hanya melakukan rutin biasa di rumah.
"Saya hanya akan berkunjung ke pusat rawatan kecantikan jika ada masa. Selebihnya, saya hanya melakukan rawatan wajah di rumah sahaja menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit," ujar beliau.
Akuinya, selepas kelahiran anak keempat, beliau mengalami masalah berat badan yang kurang memberangsangkan iaitu mencecah 63 kilogram (kg).
Atas saranan doktor, beliau mengamalkan dua rejim diet sihat bagi mengembalikan berat badan ideal.
Hasilnya, tuan punya badan berjaya menurunkan 10kg dalam tempoh tiga bulan.
“Dari segi pemakanan, saya tidak memilih. Cuma apabila rasa berat badan semakin bertambah, saya akan praktikkan ‘clean eat’ dengan amalkan pengambilan makanan kurang berminyak dan karbohidrat.
"Apabila berat sudah turun, saya makan seperti biasa. Nama pun manusia, kan, pasti ada keinginan untuk mencuba makanan yang enak.
“Selain menjaga pemakanan, saya juga melakukan senaman ringan seperti menaiki threadmill, berjalan-jalan di sekitar rumah selama 45 minit hingga 60 minit,” ujar pengedar rasmi jenama Sebawang di Indonesia itu.
Biarpun sebelum ini beliau bergelar pramugari Lion Airlines, namun demi memberi tumpuan kepada keluarga terutama membesarkan anak-anaknya, personaliti terkenal tersebut sanggup berhenti kerja.
Baca lagi Baca ni 'Selesa baju berlubang, seluar 5 tahun tak bertukar.' Kareena Kapoor dedah sisi sebenar peribadi suami
Untuk rekod, Pasha dan Adel mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
'IBU SAMBUNG'
Selepas 11 tahun menumpukan perhatian dalam membina keluarga, kini Adel ingin aktif dalam dunia bisnes pula.
"Sebelum ini fokus saya melahirkan dan sibuk uruskan anak. Selepas itu bersalin lagi dan jaga anak semula. Waktu itu saya bersalin dengan cara pembedahan. Jadi, doktor sarankan supaya tidak mengandung lagi kerana jarak kelahiran terlalu dekat.
"Jika saya mahu miliki anak lagi mungkin guna tabung uji, namun rasanya cukuplah dengan apa yang kami miliki tujuh orang anak (termasuk anak tiri) sekarang. Semuanya sedang membesar, justeru saya boleh fokus kepada bisnes dan aktiviti lain pula," ungkap beliau lagi.
Dalam pada itu, ahli perniagaan itu memberitahu, hubungan beliau dengan anak-anak tiri hasil perkahwinan Pasha dan Okie Agustina juga rapat.
"Di Indonesia kita sebut ibu sambung. Hubungan saya dan anak-anak tiri memang baik. Mereka pun sudah besar, jika perlukan bantuan mereka tidak lokek membantu.
"Malah, ada yang sudah menampakkan minat untuk memasuki bidang seni iaitu anak sulung dan juga anak nombor dua," ungkap Adel lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang