Minat jadi rezeki terpijak, cosplayer dari Kota Malang ini kreatif buat duit dengan dunia anime

No Image Caption
A
A
A

NAMPAKNYA pertunjukan kostum atau lebih dikenali dengan cosplay menjadi kegilaan ramai peminat tanpa mengira usia dan trending di media sosial.

Malah, ramai yang sanggup berhabis duit semata-mata nak tunjuk rasa taasub pada karakter anime, game atau filem kegemaran.

Lebih menarik, cosplay dilihat menjadi lubuk rezeki yang tak disangka-sangka buat seorang pemuda dari Kota Malang, Indonesia.

No Image Caption

Lapor Ohayo Jepang, Andy berjaya mengembangkan perniagaan dengan jualan merchandise anime dan cosplay sehingga berani buat beg dan kain cetak sendiri.

Bijak ambil peluang, pemuda berusia 33 tahun itu aktif berniaga setiap kali event cosplay atau festival animie selain buat bisnes online.

No Image Caption

“Saya jual merchandise seperti keychain anime, patung dan semua jenis aksesori akrilik. Pada masa sama, kain cetak dan beg buat sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Selalunya, saya akan buka booth dekat event Jepun sebab still dalam line cosplay. Kadang-kadang, saya ajak orang join sekali buka booth, boleh kongsi bisnes,” katanya.

No Image Caption

Nak dijadikan cerita, pemuda itu mula terjebak dengan dunia cosplay sejak tahun 2010 apabila suka-suka tiru gaya karakter anime yang diminati.

Bukan itu jer, ahli komuniti Cosuki Malang itu juga aktif dalam komuniti cosplay Kota Malang sebagai ruang untuk membia hubungan sosial.

No Image Caption

Kata Andy, menjadi cosplayer bukan sekadar hobi semata-mata tapi peluang untuk jadi karakter lain demi boost keyakinan diri.

“Saya sebenarnya nak jadi watak yang biasanya tak berani buat, tapi pada masa sama nak rasa pengalaman itu.

No Image Caption

“Bila jumpa geng sekepala, daripada malu-malu, sekarang saya mudah berkawan,” katanya akui dirinya dulu seorang antisosial.

Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kisah-masyarakat/tragis-upsi-berduka-15-meninggal-dunia-bas-bawa-penuntut-bertembung-alza-beberapa-mangsa-tercampak

Ceritanya, sebelum join cosplay, beliau sebenarnya jenis suka tengok anime jer, tak banyak keluar rumah.

No Image Caption

“Namun lepas join, komuniti ni banyak bantu saya berubah daripada sorang yang menyendiri jadi lebih sosial,” katanya.

Tak sangka ya boleh jadi businessman hasil minat dalam dunia cosplay.

No Image Caption

Cuma itulah, kadang-kadang pelik juga bila tengok anak muda terlalu fanatik dengan karakter anime sampaikan sanggup ubah muka dan badan.

Barangkali kalau obsesi itu disalurkan dengan bijak, tak salah, kan? Boleh jana pendapatan sendiri.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang