Adnan Lee teruskan legasi datuk, kukuhkan 30 tahun perniagaan buah tanpa pinjaman. 'Tutup pintu riba, ALLAH buka...'
MASA kini, ramai mengambil jalan pintas dengan membuat pinjaman di bank untuk menyuntik modal dalam perniagaan. Prosesnya juga tidaklah serumit yang disangkakan kerana setiap pinjaman yang dilakukan memberi faedah kepada pihak bank juga.
Di sebalik empayar buah-buahan yang kini mempunyai lebih 40 lebih cawangan di pusat beli-belah seluruh negara, berdiri seorang lelaki berusia setengah abad yang percaya bahawa rezeki sebenar datang apabila kita berusaha tanpa melanggar batas yang ALLAH tetapkan.
“Satu perkara yang selalu ingatkan diri saya, bila kita tutup pintu riba, ALLAH buka pintu rahmat.
"Alhamdulillah, sekarang ini memang kami gunakan kaedah pertumbuhan organik tanpa mengambil sebarang pinjaman atau geran. Jadi, saya cuba untuk keluar daripada riba sebaik-baiknya,” kata Adnan Lee, pemilik MBG Fruits yang sudah mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang tersebut.
Dedah tuan punya badan, beliau merupakan generasi ketiga dalam keluarganya yang meneruskan legasi perniagaan buah-buahan yang bermula sejak zaman datuknya lagi.
Antara keunikan MBG ialah penawaran pelbagai jenis buah termasuklah yang diimport dari seluruh dunia.
Akuinya, ramai yang mungkin tidak tahu, sebahagian besar buah yang dinikmati rakyat Malaysia sebenarnya datang dari Mesir.
“Ramai ingat Mesir itu padang pasir, tak banyak buah. Tapi sebenarnya, 26 peratus buah yang kita makan datang dari sana, seperti oren, strawberi, anggur, delima dan kurma,” katanya.
Ditanya cabaran terbesar dalam dunia perniagaan, ini jawapan mualaf yang dinobatkan sebagai penerima Distinguished Halal Brand Award dalam majlis Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 baru-baru ini.
“Cabaran paling besar ialah nafsu diri kita. Kalau kita dapat kawal nafsu, kita buat apa yang ALLAH suka, kita jauhi apa yang ALLAH tak suka, insya-ALLAH akan diberi rezeki,” jelasnya yang mula melibatkan diri dalam perniagaan sejak usia 19 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
