PENGHANTARAN makanan tanpa henti oleh individu tak dikenali selama tiga minggu berturut-turut!

Percaya atau tidak, set menu daripada McDonald’s, Taco Bell, Starbucks dan banyak lagi telah dihantar terus ke pintu rumah, meskipun tiada sesiapa yang order.

Situasi ‘pelik bin ajaib’ itu berlaku di Range View Avenue, Highland Park, Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lapor Business Insider, penduduk kawasan itu dihujani dengan penghantaran makanan, Uber Eats secara misteri.

Rata-rata mereka menerima sebanyak 13 jenis menu tempahan bermula siang hingga ke malam.

penghantaran misteri

Lagi syok, semua sajian berkenaan adalah percuma!

Disebabkan makanan yang melimpah-ruah, penduduk mengambil pendekatan untuk menderma set tersebut ke tempat lain yang memerlukan.

Memetik portal terkemuka itu lagi, penduduk pada awalnya gembira apabila menerima makanan free tersebut.

penghantaran misteri

Mana tidaknya, sederet laluan jalan dipenuhi dengan beg makanan berisi McDonald’s dan Starbucks, namun tiada siapa tahu identiti penghantarnya.

Situasi menjadi lebih janggal apabila semua makanan tersebut dihantar tanpa henti lebih tiga minggu.

PENDUDUK HAIRAN

Menurut seorang penduduk, Morgan Currier, semua orang menjadi panik dan hairan apabila mereka menerima lebih 40 tempahan.

“Agak membazir apabila saya menerima lebih 20 nuget sedangkan saya seorang vegetarian.

“Saya ada panggil kawan-kawan supaya datang ambil makanan sebab makanan dah terlalu banyak,” katanya.

penghantaran misteri

Seorang penduduk, Willam Neal pula mengakui semua penghantaran tersebut menghantui hidupnya.

Baca juga Kisah rider terpaksa cari pelanggan tidak bayar COD tular, lari lepas ambil makanan RM100

Iklan

Meskipun sudah menghubungi nombor telefon yang tertera pada resit, namun tiada siapa yang menjawabnya.

penghantaran misteri

Lapor portal itu lagi, Uber juga sudah menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian yang jarang berlaku tersebut.

Setakat ini katanya, dalang masih belum ditemui.

Baca juga Kisah ‘rider’ wanita bawa anak OKU penglihatan hantar makanan jentik hati warganet

Kalau sehari tak mengapa juga, tapi ini sudah lebih tiga minggu.

Iklan

Siapalah dermawan yang sudi bersedekah dan beri orang makan di kawasan tersebut, kan?

penghantaran misteri
Range View Avenue, Highland Park, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dengar cerita, kata sistem tempahan di restoran yang terlibat kena hacked tapi kebenarannya masih belum dapat disahkan lagi.

Kalaulah berlaku di komuniti miskin, sekurang-kurangnya dapat bantu mereka yang kelaparan.

Apapun bulan Ramadan ini, kita jangan membazir ya! Beli menu yang perlu jer dan boleh disimpan sebagai makanan sahur nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.