BOLEH dikatakan hampir keseluruhan penduduk di Belgium, khususnya bagi mereka yang menetap di bandar Verviers menyangka cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut ratusan tahun dahulu itu hanyalah mitos sahaja.

Selama ini, mereka hanya menganggapnya ia seperti mitos urban.

Sehingga baru-baru ini Reuters melaporkan, sekumpulan pengkaji yang sedang menggali struktur sebuah pancuran air lama untuk tujuan baik pulih pada bulan lalu telah menemui sebuah kotak usang, yang di dalamnya mengandungi jantung bekas Datuk Bandar Verviers!

Kotak logam kecil itu rupanya selama ini telah menyimpan jantung Pierre David yang dikedap rapi dalam botol berisi etanol.

Mitos urban mulut ke mulut sah benar, kotak berisi jantung ditemui bawah pancuran air!

Penemuan mengejutkan itu selama ini hanya tercatat dalam dokumen awam, namun selagi ia tidak ditemui, tiada sesiapa mempercayainya, ujar seorang Ahli Majlis Verviers, Maxime Degey.

“Hari ini, legenda itu bukan lagi legenda. Ia realiti,” jelasnya.

Menurut sumber, David, yang merupakan datuk bandar pertama bandar itu sejak Belgium mencapai kemerdekaan.

Malangnya ketika David masih menjawat jawatannya itu, dia terkorban pada tahun 1839 akibat terjatuh daripada sebuah bangunan.

Mitos urban mulut ke mulut sah benar, kotak berisi jantung ditemui bawah pancuran air!

Iklan

Selepas insiden tersebut, pihak berkuasa tempatan telah membina sebuah kolam pancuran air sebagai tanda peringatan dan dengan izin keluarganya, jantung David ditempatkan di bawah lapisan batu di bawah monumen tersebut pada 1883.

Kotak itu kini dipamerkan di Muzium Seni Halus dan Seramik Verviers dan akan dikembalikan ke lokasi asalnya, iaitu di kolam Fontaine David, Place Verte sejurus selepas kerja renovasi selesai.

Iklan

“Saya tidak tahu jika ada contoh lain, jantung seorang Datuk Bandar ditempatkan di monumen khas di tengah-tengah bandarnya. Itu unik,” ujar kurator muzium itu, Nathalie Weerts.

David memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Verviers dari tahun 1800 hingga 1808, ketika Belgium di bawah pentadbiran Perancis. Fasa kedua perkhidmatannya bermula pada tahun 1830 iaitu semasa Belgium sudah merdeka.

Mendiang telah membangunkan pasukan bomba pertama bandar itu selain mendekatkan politik kepada rakyat, dengan membenarkan orang awam menyaksikan perdebatan ahli majlis.

Sumber rujukan : Astro Awani