KEUNIKAN rasa dan keenakan masakan rakyat berbilang kaum di Malaysia sedikit sebanyak berjaya mencuri hati pelancong asing.

Malah kita cukup berbangga apabila negara antara destinasi syurga makanan popular di dunia, selain Thailand dan Indonesia.

Jika sebelum ini nasi lemak sering menjadi perbualan mat salleh, kali ini nasi kandar pula berjaya menambat hati rakyat Jepun.

Mana tidaknya, menu tersebut menjadi sajian utama di Zero Two Nasi Kandar Lutkyo yang terletak tidak jauh dari Stesen Otemachi, Tokyo.

nasi kandar jepun

Ramai menyangkakan pemilik premis tersebut adalah orang Malaysia kerana menu yang dijual memang jarang-jarang sekali diperkenalkan di negara Matahari Terbit itu.

Lapor japanese-heart.com, restoran yang diusahakan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Tateda menjadi trending di media sosial.

Pemuda Jepun yang juga pemilik restoran makanan India itu juga membawa kelainan dengan menu nasi kandar selepas jatuh cinta dengan keenakan juadah tersebut selepas berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

Baca juga Ketagih nak makan, sanggup bawa masuk pinggan dalam kereta. Ini komen tauke Restoran Hakim

nasi kandar jepun

Memetik laporan portal tersebut, Tateda kagum dengan keenakan rempah kuah campur yang dimakan bersama ayam goreng, telur rebus, sayur bendi selepas pertama kali mencubanya.

Disebabkan itu, beliau terdorong untuk memperkenalkan juadah autentik yang dengan resipi asli pada 1 Februari lalu dan sambutan diterima memang luar biasa.

Jualannya agak laris kerana keterujaan penduduk Jepun yang melihat pelbagai seleksi menu yang digabungkan dalam satu pinggan.

Baca juga Jom pekena nasi kandar, mi sotong di Pulau Pinang

nasi kandar jepun

Boleh dikatakan pilihan sajian yang ditawarkan tidak ubah seperti di Malaysia seperti ayam goreng rempah, sayur kubis campur, bendi, sotong goreng dan paling best, kuah madu.

Iklan

Kelainan yang ditawarkan Zero Two Nasi Kandar Lutkyo adalah kuah yogurt pink yang menjadi penambah selera.

Melalui perkongsian di Facebook juga menunjukkan, Tateda terpaksa menulis ‘sold out‘ kepada pelanggan yang beratur panjang kerana menu habis terjual.

Baca juga 4 makanan viral harga kayangan, terbaru roti canai Langkawi RM4 sekeping

nasi kandar jepun

nasi kandar jepun

Iklan

Siapa sangka, menu mamak berjaya memikat hati penduduk Jepun!

Meskipun pemiliknya bukan rakyat Malaysia, namun kita tumpang bangga apabila Nasi Kandar menjadi sebutan ramai.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sebelum ini, menu nasi lemak yang diusahakan rakyat tempatan, Duzy Norazamnas Abdul Aziz menjadi trending di London.

Jenama Nasi Lemak Nek Nong yang enak digandingkan dengan rendang daging, sambal sotong dan kerang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Percayalah, menu autentik masyarakat majmuk di Malaysia memang tiada tandingan.