Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu peribahasa yang boleh dikaitkan dengan nelayan dari Surat Thani, selatan Thailand ini yang menemui muntah ikan paus yang bernilai tinggi.

Nasib seorang nelayan bernama Narong Phetcharaj, 56, berubah sekelip mata apabila beliau telah menemui beberapa ketulan besar yang aneh seperti lilin di pantai Niyom.

Namun beliau menjadi begitu terkejut apabila mendapat tahu ketulan itu rupa-rupanya adalah muntah ikan paus atau ambergris yang berharga lumayan di pasaran.

Iklan
Iklan
Phetcharaj bersama sijil pengesahan ambergris berkenaan.

Objek itu dipercayai dimuntahkan paus sperma dan dijangka dapat dijual dengan harga hingga USD$40,000 (RM167,000) sekilogram dan Phetcharaj menemukan ambergris seberat 30 kilogram maka ia dianggarkan bernilai kira-kira USD$1.2 juta (RM 5 juta).

“Tidak ada penduduk kampung ini yang pernah melihat atau menyentuh ambergris paus yang sebenar. Jadi semua orang gembira,” kata Phetcharaj yang telah membawa objek tersebut untuk diuji di makmal Universiti Prince of Songkhla bagi mendapatkan pengesahan.

Phetcharaj menguji objek tersebut sendiri terlebih dahulu sebelum menghantarnya ke makmal.

Dalam pada itu, Phetcharaj menyatakan perancangan masa depannya dengan ketulan berharga itu.

“Saya sangat teruja, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya merancang untuk menjual ambergris kerana sudah menerima sijil pengesahan.

“Sekiranya saya dapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan,” katanya lapor The National News.

Misteri ambergris

Ambergris sering digelar sebagai harta karun laut atau ‘emas terapung.’

Muntah paus atau ambergris ialah sejenis pepejal kelabu yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma.

Objek ini pada awalnya berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi seakan alkohol isopropil.

Ia lazimnya digunakan dalam penghasilan minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang membolehkan haruman tersebut kekal lama.

Januari lalu, nelayan dari Songkhla, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ambergris seberat tujuh kilogram bernilai RM1.16 juta di Pantai Samila, selatan Thailand.

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah,’ Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: The National News

Share
Azma ML

Recent Posts

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

2 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

15 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

18 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

21 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

23 hours ago