Nelayan guna anak panah tangkap ikan kerapu gergasi seberat 143kg!

CB9AB644-6FE7-45C8-BD2D-6B29F8BF09D4
CB9AB644-6FE7-45C8-BD2D-6B29F8BF09D4
A
A
A

SATU kepuasan untuk seorang nelayan apabila dapat menangkap pelbagai jenis ikan di lautan.

Walaupun tugas sebagai nelayan kadangkala mencabar, tetapi kalau sudah suka, memang tidak menjadi masalah.

Cerita yang SinarPlus mahu kongsikan pada hari ini memang unik dan boleh membuatkan kita terngaga.

Seorang nelayan dari Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia yang dikenali sebagai Haris menarik perhatian umum apabila berjaya menangkap seekor ikan kerapu gergasi seberat 143 kilogram!

Menerusi artikel yang disiarkan DetikSulsel, Haris dengan gembiranya bergambar bersama ikan gergasinya dengan berlatar belakang terumbu hijau di lautan Wabula, Buton.

Lokasi terumbu karang iaitu tempat ikan itu ditangkap hanya 200 meter sahaja jaraknya dari pesisir pantai.

Kejernihan air laut juga menyebabkan ramai nelayan menggunakan kaedah memanah untuk menangkap ikan. Wow! Guna panah tu!

Sememangnya ikan gergasi yang ditangkap oleh Haris menggunakan kaedah memanah.

Panahan itu terkena pada bahagian kepala dan ekor ikan.

Selain Haris, para nelayan di sana turut mengikat tali pada hujung anak panah kerana dengan cara itu, ia akan menyukarkan ikan untuk terlepas.

Hasil carian SinarPlus mendapati, ikan kerapu gergasi sangat mahal kalau dijual.

Berdasarkan laporan terdahulu, seorang nelayan tempatan, Dullah Latif berjaya menangkap ikan kerapu gergasi seberat 160 kilogram dan dijual pada harga RM8,000 kepada sebuah restoran makanan laut.

Baca juga Bahayanya! Lelaki lembut ditemui mati selepas ambil suntikan besarkan otot punggung

Jangan lupa follow kami di Instagram! Layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang