Nenek di United Kingdom dapat hidayah, peluk Islam pada usia 84 tahun
SESUNGGUHNYA, hidayah itu adalah milik ALLAH SWT.
ALLAH juga akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, tanpa mengira umur.
Begitulah kisah seorang warga emas yang dikenali sebagai Maria atau nama Islamnya Mariam yang menetap di United Kingdom.
Menariknya tentang Mariam, beliau baru sahaja memeluk Islam pada tahun lalu ketika berusia 84 tahun.
Dikhabarkan, beliau merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi.
Melalui perkongsiannya di Instagram @mariam_revert, kisahnya penghijrahannya bermula apabila pada musim sejuk.
Ketika beliau hadir ke sebuah masjid Redbridge Islamic Centre yang terletak di Ilford, United Kingdom.
Setibanya di sana, Maria mula berasa risau jika orang yang berada di dalam masjid itu memberi tanggapan serong terhadapnya kerana beliau bukan seorang Muslim.
Bagaimanapun, tulis Mariam lagi, disebabkan perasaan ingin tahu yang sangat kuat terhadap agama Islam, beliau tetap membuat keputusan untuk menjejakkan kaki ke dalam masjid tersebut.
View this post on Instagram
Dalam cuaca sejuk, Mariam tetap menggagahkan dirinya berdiri menahan kesejukan di hadapan pintu masjid.
Selepas beberapa ketika, mualaf itu memberanikan diri bertanya kepada salah seorang wanita yang berada di perkarangan masjid tersebut.
Selepas dijemput masuk, salah seorang jemaah masjid menerangkan kepadanya tentang apa yang sedang mereka lakukan.
Secara kebetulannya, hari tersebut adalah hari Jumaat yang mana sejumlah jemaah lelaki sedang menunaikan solat Jumaat.
Sepanjang berada di sana, Mariam diberi penerangan tentang ibadah sunnah dan arah kiblat umat Islam yang berpaksikan Kaabah.
SYAHADAH
Setelah mendengar segala penjelasan, Mariam terbuka hati untuk bertanya. Soalannya antara lain berbunyi:
“Bagaimana caranya untuk saya menjadi seorang Muslim? Saya nak jadi Muslim,” katanya tanpa keraguan.
Tidak lama selepas itu, Mariam mengucap syahadah di hadapan imam masjid itu dan beberapa jemaah wanita lain.
Maka, keadaannya ketika itu seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia dan bermula kehidupannya sebagai seorang mualaf.
"Sejak detik itu, saya memilih menggunakan nama Mariam bersempena nama ibunda Nabi Isa.
"Kini, saya gigih belajar tentang prinsip agama Islam," beritahunya.
Bukan itu sahaja, di laman Instagramnya beliau juga aktif berkongsi rutin hariannya yang terdiri daripada belajar membaca ayat-ayat al-Quran, menghafal nama-nama ALLAH dan sebagainya.
Meskipun bergelar warga emas, semangat yang luar biasa untuk mempelajari tentang agama ALLAH membuatkan dirinya terus gigih dan bersungguh-sungguh mempelajari satu per satu tanpa mengenal erti penat.
Buktinya, menerusi satu video yang dimuat naik, Mariam dilihat gigih menggunakan cermin mata yang telah rosak sewaktu membaca Surah al-Fatihah yang ditulis dalam tulisan rumi dan menyebutnya satu demi satu dengan penuh ketekunan.
View this post on Instagram
Terdahulu, detik pertama beliau mengucap syahadah itu turut dikongsi oleh dirinya sendiri menerusi laman Instagram miliknya hingga meraih lebih 100,000 tontonan.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang