Ngerinya! 3 hari hilang, wanita ditemui terperosok bawah lif airport, CCTV & jurang lantai jadi tanda tanya, ini kronologinya

MAYAT seorang wanita yang ditemui di sebuah lapangan terbang di Indonesia baru-baru ini menjadi perhatian dunia.

Rakaman kamera litar tertutup yang memperlihatkan wanita yang bernama Asiah Sinta Dewi Hasibuan, 38,di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Sumatera Utara, Indonesia itu tular di laman sosial.

Misteri kehilangannya hanya terbongkar apabila bau yang kurang enak dihidu pihak pengurusan. Difahamkan keberadaan Asiah di lapangan terbang itu adalah untuk telah menemani keluarganya yang berlepas ke luar negara.

Baca juga: Lelaki hampir maut kerana kerap tertidur, kongsi kisah ngerinya

Berikut kronologi kejadian yang berlaku:

1-Memetik daripada Kompas.com, Ketua Komunikasi Korporat Lapangan Terbang , Dedi Al Subur berkata, penemuan mayat Asiah bermula apabila pegawai lapangan terbang terhidu bau busuk di sekitar lif berkenaan.

2-Pegawai berkenaan kemudian melaporkannya kepada juruteknik.

3-Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui mayat seorang wanita di bawah lif.

4-Penemuan tersebut dilaporkan kepada polis. Pasukan Polis Sumatera Utara bergegas ke lokasi kejadian.

5-Dalam rakaman CCTV (kamera litar tertutup) yang tular di media sosial, Asiah dilihat masuk ke dalam lif sambil menghubungi anak saudara yang dihantarnya ke lapangan terbang.

6-Semasa di dalam lif, wanita itu keliru kerana pintu lif di hadapannya tidak terbuka. Walaupun lif itu mempunyai dua pintu, pintu yang terbuka ketika itu berada dibelakangnya.

7-Diacuba menekan butang lif. Selepas pintu terbuka, dia disyaki terjatuh di bawah lif kerana tidak nampak jurang antara lif dan lantai bangunan.

8-Pegawai lapangan terbang kemudian melaporkan kejadian ini kepada polis. Pasukan Inafis Polis Sumatera Utara kemudian pergi ke lokasi menyiasat kronologi kejadian melalui rakaman CCTV.

9-Peguam keluarga mangsa, Putri Maya Rumanti menjelaskan kronologi ringkas sebelum insiden kematian Asiah berdasarkan maklumat keluarga. Menurut Putri, Asiah ke lapangan terbang itu untuk menemani anak saudaranya yang berangkat ke luar negara.

Baca juga: Katil tak cukup, hanya seorang pakar bertugas, alasan hospital tak berikan rawatan segera

10-Selepas menghantar anak saudaranya di tempat daftar masuk lapangan terbang, Asiah kembali ke tempat letak kereta. Tetapi tidak lama kemudian anak saudaranya menelefon meminta Asiah datang kembali.

11-Dalam perjalanan ke kawasan tersebut, arwah telah menghubungi anak saudaranya memberitahu terdapat masalah pada lif yang dinaiki.

12-Asiah memberitahu dia terperangkap di dalam lif dan tidak lama kemudian telefon mati.

13-Putri berkata, anak saudaranya itu segera menghubungi keluarga agar segera mencari Asiah. Menurutnya, kejadian berlaku 24 April 2023.

14-Selepas itu, mereka sekeluarga segera menghubungi kakitangan keselamatan lapangan terbang untuk melakukan carian dan memeriksa rakaman CCTV.

15-Tambah Putri, ketika itu pihak lapangan terbang hanya menunjukkan CCTV di luar lif, bukan rakaman dari dalam lif. Keluarga itu terkejut dengan perkara itu.

Iklan

16-Peguam berkenaan mempersoalkan pihak lapangan terbang yang tidak memeriksa CCTV di dalam lif terlebih dahulu.

Baca juga: Baby 54 hari maut diberi minum air herba, wanita kecewa tindakan keluarga

Keluarga Asiah bersama peguam menuntut keadilan atas kecuaian hingga mengakibatkan kematian wanita itu.

17-Keluarga Asiah melalui peguam melaporkan enam syarikat berhubung dakwaan kecuaian pihak lapangan terbang hingga menyebabkan kemalangan maut.

18-Ketua Eksekutif Yayasan Pengguna Indonesia (YLKI), Tulus Abadi berkata kejadian ini berpunca daripada kecuaian pihak pengurusan Lapangan Terbang Kualanamu.

19-Menurutnya, pengurus lapangan terbang itu cuai dalam memastikan keselamatan lif sehingga menyebabkan pengguna terjatuh dari lif dan maut.

20-Malah selepas kejadian itu, pihak pengurusan lapangan terbang dianggap tidak cuba menyiasat kes itu. Justeru, bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan, beliau meminta pengurusan Lapangan Terbang Kualanamu mengaudit keselamatan infrastruktur di lapangan terbang itu.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

21-Memetik Kompas.TV, polis yang menyiasat lokasi kejadian menguji lif di lapangan terbang termasuk memeriksa tingkat bawah lif. Polis juga sedang menyiasat kewujudan jurang ruang di lif tersebut.

22-PT Angkasa Pura II (Persero) melalui anak syarikatnya, PT Angkasa Pura Aviasi telah membekukan perkhidmatan lima kakitangan Lapangan Terbang Kualanamu yang terlibat sehingga siasatan selesai.

Iklan

23-Ia termasuk dua pengurus kanan operasi dan fungsi kejuruteraan serta tiga petugas keselamatan operasi yang bertanggungjawab terhadap pengendali CCTV.

24-Presiden Pengarah PT Angkasa Pura Aviasi Achmad Rifai memohon maaf kepada masyarakat atas kejadian itu.

25-Selain menggantung tugas lima pekerja, syarikat itu turut memanggil vendor kemudahan seperti lif untuk memeriksa kemudahan di lapangan terbang yang diuruskan.

TIP KESELAMATAN PENGGUNA LIF

Jika anda terperangkap di dalam lif, lakukan perkara berikut:

  1. Bertenang dan jangan panik, jangan cuba untuk melepaskan diri.
  2. Tekan butang loceng untuk menarik perhatian. Tekan butang interkom untuk berkomunikasi dengan bilik kawalan.
  3. Hubungi hotline. Jika tiada respons dari bilik kawalan hubungi hotline yang tertera di dalam lif.
  4. Jika gagal, hubungi pihak Bomba.
  5. Tunggu sehingga bantuan tiba.
  6. Jika terperangkap dalam lif, anda dilarang melompat atau merosakka peralatan di dalam lif.
  7. Jangan buka lif secara paksa.
  8. Elakkan daripada memanjat keluar melalui siling lif.

Baca juga: Tiba-tiba meluru masuk lif, kanak-kanak ditemui maut jatuh tingkat sembilan hotel, berikut kronologi tragedi

Sumber & foto: Kompas, UKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.