SETIAP keluarga pasti akan bersedih dengan pemergian anak tersayang.

Percayalah, mana-mana ibu bapa akan sehabis baik mendapatkan rawatan terbaik untuk si anak jika mereka berpenyakit.

Pun demikian, nasib malang menimpa pasangan suami isteri di United Kingdom apabila usaha untuk menyelamatkan anak mereka yang berusia lima tahun tidak berjaya.

Lapor Mirror UK, si kecil, Yusuf Mahmud Nazir telah dibawa ke Hospital Umum Rotherham akibat jangkitan kuman.

Pun demikian, pihak hospital didakwa tidak dapat menjalankan rawatan dengan alasan mereka tidak mempunyai doktor yang mencukupi.

Kredit foto: Pixabay

Difahamkan, pada ketika itu juga, hanya seorang pakar sahaja yang bertugas, ditambah tiada katil kosong untuk menempatkan pesakit.

Baca juga: Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

Situasi itu nampaknya tidak menghalang ibu bapa Yusuf untuk terus merayu kepada pihak hospital untuk memberikan rawatan memandangkan keadaan si cilik itu tidak berapa bagus.

Terdahulu, kepada Mirror UK, bapa saudara Yusuf, Zaheer Ahmed memberitahu, anak buahnya mengadu sakit tekak pada 13 November lalu.

“Yusuf telah dibawa untuk mendapatkan rawatan awal. Sungguhpun begitu, keadaannya tidak menunjukkan perubahan positif.

“Yusuf sukar bernafas sehinggakan mak ayah membawanya ke jabatan kecemasan hospital berkenaan,” ceritanya dengan nada pilu.

v

Kredit foto: Anna Shvets

Pengakhiran kisah Yusuf amat menyedihkan. Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia disebabkan kuman telah merebak ke dalam paru-parunya.

Kejadian itu telah menimbulkan persepsi kurang menyenangkan dalam kalangan masyarakat di sana.

Ramai yang menganggap pihak hospital sepatutnya berusaha untuk menyelamatkan pesakit, bukannya mengambil melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Selain kes Yusuf, SinarPlus rangkumkan beberapa tragedi yang serupa di beberapa negara:

Iklan

1. Kepala bayi tertinggal dalam perut ibu

Kredit foto: Rene Asmussen

– Kejadian berlaku di wilayah Sindh, Pakistan apabila ketiadaan pakar untuk menyambut kelahiran bayi.
– Difahamkan petugas kesihatan yang tidak mempunyai pengalaman, bertindak untuk menjadi bidan, namun proses kelahiran bertukar menjadi tragedi ngeri.
– Kakitangan itu bertindak untuk memotong kepala bayi dan membiarkan bahagian tersebut di dalam perut.
– Keadaan berkenaan telah menyebabkan wanita malang itu hampir kehilangan nyawa dan trauma dengan perkara yang berlaku.

2. Bayi tertukar di Afrika Selatan

Kredit foto: Jonathan Borba

– Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Tambo, Boksburg, Johannesburg pada tahun 2010.
– Si ibu memaklumkan kepada pihak hospital bahawa mangsa melahirkan bayi perempuan, namun mereka memberitahu bahawa wanita berkenaan salah.
– Tiga tahun kemudian, si suami mendapati, anak yang dibesarkan tidak memiliki rupa sepertinya dan bertindak untuk melakukan ujian DNA.
– Hasil mendapati, kanak-kanak lelaki itu bukanlah anak kandung kepada pasangan berkenaan.

3. Tertukar jasad bayi yang sudah meninggal dunia

Iklan
Kredit foto: Pixabay

– Kejadian dilaporkan berlaku di Hospital Sekayu Kabupaten Musi Banyuasin, Indonesia.
– Difahamkan bayi perempuan kepada pasangan Ledi dan Rini telah lahir pramatang dan mengalami masalah kesihatan sehingga memerlukan rawatan hospital.
– Kecuaian seorang petugas hospital telah menyebabkan pasangan berkenaan bersedih kerana kehilangan anak yang dilahirkan.
– Bagaimanapun, bidan yang menyambut bayi mereka telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa anak pasangan berkenaan perempuan dan bukannya lelaki.

Baca juga: Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, bapa minta siasatan semula, kesan lebam pada leher meragukan

Baca juga: Warganet pilu, 5 anak termasuk bayi kembar hilang ibu sekelip mata, kereta dipandu bapa rempuh treler

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi