Niat sekadar suka-suka, aksi tarian paramedik dikecam netizen
SEORANG anggota paramedik dikecam teruk oleh pengguna media sosial gara-gara mempamerkan aksi tarian di aplikasi TikTok.
Memetik laporan media Britain, The Sun, wanita yang dikenali sebagai Rhianna Higgins itu telah memuat naik video tariannya bersama seorang anggota paramedik di platform digital tersebut.
Keterujaan Higgins, 25, untuk berkongsikan aktiviti ketika waktu rehat bagaimanapun telah disalah tafsir oleh warga netizen.
Perbuatan kakitangan Perkhidmatan Ambulans Yorkshire itu dikritik kerana dengan sengaja merakam video semata-mata untuk dimuat naik ke dalam TikTok ketika sedang bertugas.
"Sekarang saya sudah tahu mengapa ambulans mengambil masa yang lama untuk tiba ke lokasi bagi membantu pesakit."
"Adakah ini tugas sebenar paramedik?"
"Perbuatan seperti ini perlu dilaporkan kepada pihak atasan," kritik pengguna media sosial.
Biarpun perbuatannya itu dihujani dengan kecaman, ada juga yang memuji kecantikan dan kesungguhan Higgins berkongsi rutin hariannya sebagai paramedik.
"Tugas mereka ini berdepan dengan banyak tekanan. Jadi tidak salah sesekali beri peluang untuk berhibur," jelas seorang pengguna media sosial.
Difahamkan perbuatan Higgins itu tidak berdepan dengan sebarang tindakan tatatertib kerana perkara tersebut bukan pertama kali dilakukan sepanjang tempoh dua tahun berkhidmat.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang