Orang kampung sanggup seret sejauh 500 meter dan bakar pencuri motosikal hidup-hidup, ini kronologi kes

A
A
A

KES kecurian harta benda terutamanya motosikal sudah tentunya membuatkan ramai yang berang.

Apatah lagi, kejadian dikatakan semakin menjadi-jadi sehingga membuatkan orang kampung berasa tidak selamat.

Kejadian jenayah yang berlaku membuatkan ramai tidak senang duduk, malah tidur pun tidak lena memikirkan keselamatan diri dan harta benda saban malam.

 

kecurian motosikal

Pun begitu, apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya berjaya menangkap dalang di sebalik kes kecurian tersebut?

Adakah menghubungi pihak polis atau menghukum pelaku dengan cara tersendiri?

Insiden tragis yang berlaku di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia baru-baru barangkali boleh dijadikan iktibar bersama.

Mana tidaknya, orang kampung yang marah dengan tindakan pencuri tersebut sanggup menjatuhkan hukuman berat termasuk membakarnya hidup-hidup.

kecurian motosikal

Cukup mengerikan apabila beberapa foto tular di media sosial dan paling sadis, lelaki itu turut diseret sejauh 500 meter sebelum dibunuh.

Lapor detik.com, suspek tersebut kantoi selepas mencuri sebuah motosikal milik penduduk di Desa Telogosari, Kecamatan Tiris.

Baca juga Sanggup korban nyawa selamatkan warga emas dalam kebakaran, kematian remaja 15 tahun buat ramai sebak

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek bersama seorang rakannya dilihat menyorong motosikal yang dicuri sebelum terlanggar pagar.

Bunyi bising itu kemudiannya mengejutkan tuan rumah dan jeritan mangsa menarik perhatian penduduk kampung yang sedang membuat rondaan keselamatan di kawasan berhampiran.

kecurian motosikal

Malang tidak berbau buat pencuri terbabit apabila ditangkap dan kemudiannya diseret sejauh 500 meter menuju ke sebuah tanah kosong berhampiran tanah sawah.

Rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Baca juga Tak puas hati pembahagian harta pusaka, lelaki tergamak bakar kubur bapa

Boleh jadi terlalu marah dengan tindakan pencuri tersebut, orang kampung kemudiannya bertindak menyiram minyak ke arah lelaki tersebut dan membakarnya hidup-hidup.

Cukup sadis dan menyedihkan! Lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak polis yang tampil menjalankan siasatan.

kecurian motosikal

Dalam laporan itu, pihak polis mendapati tubuh suspek hangus terbakar dan identiti masih belum dapat dikenal pasti.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan orang kampung yang menjatuhkan hukuman ke atas suspek tanpa belas kasihan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Malah, terdapat komen sinis yang mengatakan tindakan tersebut memudahkan kerja pihak berkuasa.

Barangkali boleh menjadi pengajaran buat orang lain.

kecurian motosikal

Apapun tindakan diambil, seharusnya kita perlu berlandaskan undang-undang sedia ada.

Meskipun terlalu marah, namun jangan biarkan nafsu menguasai diri ya!

#kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang