Pakar bedah ini buat vasektomi ke atas diri sendiri, siap tayang video. Rupanya ada sebab kenapa sanggup ikat 'kilang telur'

No Image Caption
A
A
A

PAKAR bedah plastik Taiwan mendapat perhatian ramai kerana berkongsi video melakukan vasektomi (membuang salur mani) ke atas dirinya di media sosial sebagai hadiah buat isterinya.

Oddity Central melaporkan, kisah Dr Chen Wei-nong, bapa kepada tiga anak yang bekerja di klinik pembedahan plastik, tular selepas berkongsi klip video luar biasa di akaun Facebook dan Instagram miliknya.

Doktor pakar dari Taiwan, Dr Chen Wei-nong yang merupakan bapa kepada tiga anak yang bekerja di klinik pembedahan plastik di Taipei City, menjadi viral baru-baru ini selepas berkongsi klip yang agak luar biasa itu.

Difahamkan, Dr Chen memutuskan untuk melakukan vasektomi sendiri dan untuk memastikan tiada risiko kegagalan prosedur dan merekodkan keseluruhan proses untuk tujuan pendidikan.

Selepas berkongsi senarai 11 langkah yang terlibat dalam pembedahan, Dr Chen yang menerima bius setempat mula menjalankan prosedur itu pada dirinya sendiri.

Jabatan Kesihatan Taipei mengesahkan Dr Chen tidak menghadapi tindakan undang-undang susulan melakukan prosedur itu ke atas dirinya sendiri.
Jabatan Kesihatan Taipei mengesahkan Dr Chen tidak menghadapi tindakan undang-undang susulan melakukan prosedur itu ke atas dirinya sendiri.

Susulan pembedahan ke atas diri sendiri bukanlah perkara biasa, prosedur yang biasanya mengambil masa kira-kira 15 minit akhirnya mengambil masa sejam namun ia berjaya.

"Ia adalah perasaan yang aneh untuk menyentuh dan menjahit uretra saya sendiri,"

Artikel Berkaitan:

"Dalam pembedahan tiub Fallopian wanita, ia sangat sukar. Namun dalam kes lelaki, ia lebih mudah kerana masalah itu pada asasnya diselesaikan dengan mencari vas deferens secara luaran dan mengikatnya," kata Dr Chen kepada pengikut media sosialnya.

Video berkenaan menjadi viral di Taiwan hingga meraih lebih 4 juta tontonan dalam masa beberapa hari sahaja.

Artikel berkaitan:

Walaupun kebanyakannya memuji keberanian, kemahiran dan kasih sayangnya terhadap isterinya, ada juga warga maya yang menyatakan kebimbangan tentang keselamatan prosedur yang dilakukan sendiri.

Doktor muda itu menjelaskan bahawa dia seorang pakar bedah berlesen dan vasektomi itu dilakukan atas risikonya sendiri, di luar waktu kerja dan dijalankan di bawah pengawasan pakar urologi.

Dr Chen di samping isteri dan tiga cahaya mata mereka.
Dr Chen di samping isteri dan tiga cahaya mata mereka.

Namun, Dr Chen memberi amaran supaya tidak mengikuti caranya melakukan prosedur berkenaan sendiri sebaliknya mendapatkan pakar urologi yang bertauliah.

Susulan prosedur berkenaan, Dr Chen berkata dia mengalami sedikit kesakitan dan ketidakselesaan pada malam pembedahan tetapi pulih sepenuhnya keesokan harinya.

Tidak semua orang berani melakukan vaksektomi sebagai kaedah perancang keluarga, apatah lagi sanggup melakukannya ke atas diri sendiri. Dek kekentalannya, Dr Chen digelar 'lelaki paling berani' di Taiwan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Taipei mengesahkan bahawa Dr Chen, seorang doktor bertauliah tidak menghadapi masalah undang-undang dengan melakukan prosedur itu ke atas dirinya.

'VASEKTOMI HARAM' - DR ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Vasektomi adalah satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang memotong bekalan sperma ke dalam air mani. Ia dilakukan dengan memotong dan menutup tiub yang membawa sperma.

Sebelum melakukan vasektomi, individu lelaki itu perlu pasti dia tidak mahu menjadi bapa pada masa hadapan.

Walaupun ada kemungkinan boleh untuk dikembalikan semula, namun vasektomi harus dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang kekal.

Perkongsian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini mendedahkan prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.

"Selari dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuwait pada 15 Disember 1988 yang mana mereka memutuskan, antara lain:

"Haram menghilangkan kemampuan reproduksi daripada lelaki ataupun wanita, seperti apa yang dikenali dengan pemandulan.

"Pengecualian diberikan dalam kes-kes darurat yang perlu ditimbang dengan kayu ukur yang syari'.

"Dibolehkan untuk mengawal secara sementara kemampuan reproduksi dengan tujuan menjarakkan antara tempoh-tempoh kehamilan, atau menghentikan bagi tempoh tertentu, jika terdapat keperluan yang diambil kira oleh syarak, berdasarkan persetujuan dan keredaan daripada perbincangan antara kedua pasangan yang sah, dengan syarat kaedah kawalan itu tidak mendatangkan mudarat, berdasarkan kaedah yang tepat dengan syariat, dan tidak menzalimi kandungan yang sedia ada.

"Kami berpendapat bahawa prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan.

"Ini kerana prosedur vasektomi itu sudah dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal, disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum prosedur vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya/berkesan.

Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan ALLAH, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada mereka yang masih keliru dengan isu vasektomi dalam kalangan umat Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang