Tiada simptom sebelum ujian dilakukan, 11 pemain bola sepak didapati positif Covid-19

A
A
A

DALAM pada berjaga-jaga, tak sangka 11 pemain bola sepak ini tetap juga 'dihinggapi' wabak paling digeruni pada masa ini iaitu Covid-19.

Seramai 11 pemain pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bangladesh disahkan positif koronavirus pada hari Jumaat lepas. Tujuh pemain lagi akan diuji pada Sabtu ini oleh Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF).

Bangladesh akan memulakan kem persiapan Piala Dunia pada 7 Ogos di Ghazipur. Akan tetapi hal itu pastinya boleh mengundang risiko tinggi kerana disifatkan begitu ramai pemain pasukan tersebut yang positif virus tersebut.

Laporan diterima ini pastinya sekali gus memberi tamparan hebat buat mereka menjelang kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

Jangkitan itu disahkan selepas 24 daripada 36 pemain yang dijadualkan menyertai kem latihan yang dianjurkan oleh jurulatih England, Jamie Day melakukan ujian saringan.

"Tidak ada seorang daripada mereka yang mempunyai simptom sebelum melakukan ujian," jelas Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Bangladesh, Abu Nayeem Shohag, lapor AFP.

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bangladesh.

Pasukan berkenaan menduduki ranking ke-187 dunia dan berada di kedudukan terbawah Kumpulan E Kelayakan Piala Dunia 2022.

Tim Bola Sepak Kebangsaan Bangladesh ini dijadualkan beraksi dalam baki empat perlawanan awal tahun ini. Akan tetapi, disebabkan pandemik berkenaan kesemua perlawanan ditangguhkan. Ia bakal diadakan pada Oktober dan November.

Memandangkan koronavirus telah mempengaruhi setiap negara pada skala yang berbeza, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mempertimbangkan untuk mengadakan baki pertandingan di tempat-tempat terpusat di setiap kelompok.

Ia dapat menyaksikan perlawanan di setiap kumpulan akan berlangsung di tempat di salah satu negara dalam kumpulan itu.

Sehingga hari ini, Bangladesh merekodkan lebih 250,000 kes Covid-19 dan mencatatkan 3,300 kematian berikutan wabak berkenaan. -AG

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang