Patutlah iklan jawatan penjaga pulau tersorok viral & tawaran gaji lumayan, ini sebabnya yang ramai tak tahu

A
A
A

JIKA diberi pilihan, adakah kalian sanggup untuk menetap dan bekerja di sebuah pulau tersorok dengan tawaran gaji lumayan?

Anda percaya tak jika SinarPlus katakan terdapat iklan jawatan kosong tengah viral di media sosial.

Iklan tersebut sedang mencari dua pekerja untuk bertugas sebagai warden pulau yang terletak di luar grid peta dunia.

Pulau Bardsey atau dikenali dengan gelaran Ynys Enlli yang terletak di luar pantai Semenanjung Llyn di Wales Utara, United Kingdom menjadi bualan hangat netizen.

pulau tersorok

Lapor Sky News, selain jauh daripada penempatan, destinasi tersebut dikatakan mempunyai kemudahan elektrik serba terhad menawarkan gaji yang bukan kaleng-kaleng.

Pemilik hartanah, The Bardsey Island Trust menawarkan gaji bermula RM67.75 perjam dengan beberapa faedah unik untuk menarik perhatian pencari kerja.

 

Antara manfaat yang dijanjikan seperti pakej perjalanan bot ke tanah besar secara percuma setiap bulan dan ruang penanaman makanan untuk dikongsi bersama.

Kawasan kediaman juga bergantung kepada kuasa elektrik yang dijanakan oleh panel solar yang mampu menghidupkan lampu, peti ais dan paling penting, modem sambungan internet.

Baca juga Ini 10 negara terkecil yang mungkin ramai tak sangka pernah wujud. Salah satunya ada 7 penduduk saja!

pulau tersorok

Tawaran kerja secara kontrak berkenaan bermula 1 Mac ini hingga 30 Oktober nanti.

Mereka yang diterima berkhidmat di sana juga perlu pandai menguasai bahasa Inggeris dan memiliki lesen memandu.

Tapak perkuburan

Mesti ramai tertanya-tanya, kan kenapa pulau tersebut perlu dijaga oleh warden berbayar meskipun mempunyai populasi penduduk seramai 11 orang?

Nah! Sebenarnya tempat yang berkeluasan 1.787 kilometer persegi itu dikatakan sebagai tapak perkuburan ahli sihir mitos, Merlin yang terkenal.

pulau tersorok

Lokasi misteri berkenaan juga dipelihara dengan baik kerana mempunyai rumah api berusia lebih 200 tahun dengan menara paling tinggi di United Kingdom iaitu 30 meter.

Pada tahun 1979, kepulauan itu dibeli oleh The Bardsey Island Trust dan masih dibawah hak milik badan amal tersebut.

Baca juga Memang rare! Pulau ‘cap jari manusia’ mula jadi tumpuan warganet seluruh dunia

Menariknya, Ynys Enlli menjadi lokasi pertama di benua Eropah yang diberi penghargaan status Dark Sky Sanctuary.

pulau tersorok

Pengiktirafan rare tersebut diberikan kerana Pulau Bardsey mempunyai kualiti pencemaran cahaya malam paling rendah dan tidak terancam.

Bagi penduduk di sana, mereka hanya bergantung kepada hasil tani dan tangkapan ikan sahaja, selain menguruskan lokasi tumpuan pelancongan ketika musim cuti.

Baca juga Pulau terpencil di Iceland ditinggalkan lebih 300 tahun selepas jadi kubu elak serangan zombie

Kalau ada sesiapa plan nak bercuti di sana, hanya terdapat 10 kotej disediakan sebagai tempat tinggal buat pelawat yang datang untuk menerokai keunikan pulau terasing tersebut.

pulau tersorok

Ada bran nak bekerja dan menetap di sana? Bolehlah kalian cuba nasib kalau berhasrat untuk berhijrah ke negara orang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang